7 Produk Kosmetik Yang Di Tarik Balik Notifikasi Oleh KKM

Ini adalah senarai terbaharu produk kosmetik yang ditarik balik notifikasi dan dilarang dijual lagi dalam pasaran. Produk-produk ini dikesan mengandungi tretinoin, hydroquinone dan juga merkuri.

Produk-produk yang terlibat adalah:-

1. Krim Night Glowing (merkuri)
2. Krim Night Glow (hydroquinone dan tretinoin)
3. Krim Glowing Speed Gold Day (merkuri)
4. Krim Glowing Speed Gold Night (merkuri)
5. Krim Qu Gebu AP (hydroquinone dan tretinoin)
6. Nour Ain Night Cream (merkuri)
7. Royal Expert Whitening Cream (merkuri)

Ada di antara produk-produk ini dikeluarkan oleh syarikat yang terkenal di Malaysia. Oleh itu berhati-hati untuk memilih produk anda.

Antara tanda yang paling mudah untuk tahu produk mengandungi bahan terlarang adalah apabila ia menjanjikan keberkesanan mencerahkan kulit dalam masa yang amat singkat.

Kenapa bahan ini berbahaya? Tuan-puan boleh baca semula tulisan saya di sini:-
https://www.facebook.com/fahmiabad/posts/10212338280470276

Untuk membaca laporan penuh tentang perkara ini, boleh baca di:-
https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-26-mei-2017…/

Beritahu kawan dan keluarga terdekat anda. Pastikan mereka tidak tertipu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *