Buasir (Hemorrhoids)

Buasir ( Hemorrhoids) adalah penyakit di mana bengkak atau inflamasi yang terjadi pada salur darah di dalam rectum/anus. Ianya boleh berlaku akibat tabiat meneran semasa membuang air besar atau tekanan pada salur darah yang meningkat semasa mengandung.

Buasir  merupakan penyakit yang biasa terjadi terutamanya apabila meningkat usia. Ianya boleh terjadi di dalam rectum (internal hemorrhoids) atau pada bawah kulit sekitar dubur (external hemorrhoids).

Buasir
Sumber : newhealthadvisor.com

Tanda-tanda/Simptom Buasir

  1. Pendarahan semasa membuang air besar
  2. Gatal-gatal pada bahagian dalam dubur
  3. Sakit atau tidak selesa
  4. Bengkak di sekitar dubur
  5. Benjolan yang sensitif dan menyakitkan

Internal Hemorrhoids berada dalam rectum dan biasanya tidak boleh di lihat &  selalunya tidak menyebabkan rasa tidak selesa. Tetapi meneran atau iritasi semasa membuang air besar boleh merosakkan permukaan halus pada buasir rosak dan berdarah. Tindakan itu juga boleh menolak buasir ke bukaan dubur & menyebabkan kesakitan serta iritasi.

External Hemorrhoids terjadi di bawah kulit sekitar dubur.Apabila berlaku iritasi, ianya boleh menyebabkan kegatalan dan berdarah.

Anda perlu merujuk doktor apabila berlaku keadaan seperti berikut:

  1. Pendarahan semasa buang air besar kerana ianya selalu dikaitkan sebagai simptom buasir.Akan tetapi pendarahan juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti Colorectal Cancer atau Anal Cancer. Sila rujuk doktor jika masalah ini terjadi.
  2. Jika simptom buasir bermula dengan perubahan tabiat membuang air besar atau najis menjadi hitam,merah hitam, merah, ada tompokan darah @ najis bercampur darah, sila rujuk doktor dengan segera kerana khuatir berlaku pendarahan di dalam salur pencernaan.

Punca-punca Buasir (Hemorrhoids)

Saluran darah di sekitar anus senang untuk menegang dan bengkak akibat dari tekanan. Faktor yang menyebabkan tekanan pada salur darah meningkat adalah seperti berikut :

  1. Tabiat meneran semasa membuang air besar
  2. Terlalu lama semasa membuang air besar
  3. Diarrhea atau sembelit berpanjangan
  4. Obesiti
  5. Mengandung
  6. Diet rendah fiber

Komplikasi Buasir

Komplikasi jarang berlaku tetapi adalah seperti berikut

  1. Anemia : Kehilangan darah disebabkan oleh buasir menyebabkan anemia di mana bekalan sel darah yang membawa oksigen kepada sel berkurangan. Ini akan menyebabkan letih & lesu
  2. Strangulated Hemorrhoids : Keadaan di mana apabila bekalan darah kepada internal hemorrhoid tiada/berhenti akan menyebabkan kematian tisu (gangrene) dan kesakitan yang kuat.

Cara mencegah buasir

Save

Save

1 thought on “Buasir (Hemorrhoids)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *