Cara Mengatasi Perut Buncit Dan Kepentingannya

Perut buncit yang juga dikenali sebagai obesiti sentral berpunca daripada pengumpulan 2 jenis lemak yang dikenali sebagai lemak bawah kulit (subcutaneous fat) & juga lemak visceral. Lemak subkutaneus terdapat di bawah kulit dan biasanya boleh dilihat serta dicubit. Lemak jenis ini tidak begitu bahaya jika dibandingkan dengan lemak visceral. Lemak visceral tertumpu di bahagian organ dalaman dan tidak dapat di lihat. Ianya sangat merbahaya dan dikaitkan dengan riskio menghidap penyakit lain seperti diabetes, masalah jantung stroke dan juga dimensia. Lemak visceral juga sangat sukar untuk dikurangkan.

Penyebab Perut Buncit.

Sepertimana obesiti pada seluruh tubuh, perut buncit juga dikaitkan dengan pengambilan makanan yang berlebihan berbanding dengan yang diperlukan sebagai tenaga untuk menjalani aktiviti fizikal harian. Apabila pengambilan makanan yang berlebihan dan diikuti dengan gaya hidup yang kurang bersenam akan menyebabkan pengumpulan lemak pada badan terutamanya di bahagian perut.

Selain daripada itu , sejarah keluarga juga memainkan peranan, merokok, serta ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita juga meningkatkan lagi risiko mengalami perut buncit. Lain-lain punca perut buncit adalah bentuk tubuh individu itu sendiri contohnya bentuk tubuh seperti buah epal berisiko menyimpan lemak yang lebih tinggi berbanding mereka yang memiliki bentuk buah pear.

Cara Mengurangkan Perut Buncit

Seperti yang dikongsikan di atas, lemak visceral menjadi halangan terbesar dalam cita-cita seseorang untuk menghilangkan perut buncit. Walau bagaimanapun anda boleh mencuba tips-tips sepertimana di bawah.

Salah satu senaman perut yang terbukti boleh mengurangkan buncit ialah sit-up.  Tetapi  anda juga perlu membuat senaman lain disertai dengan perancangan diet yang berkesan untuk mencapai target anda iaitu mengurangkan buncit.

Mengatasi masalah perut buncit bukannya sesuatu yang senang untuk dicapai. Tanpa komitmen dan kemahuan yang tinggi boleh menyebabkan anda berputus asa. Walau bagaimanapun anda tetap perlu berusaha untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit seperti mana yang dikongsikan sebelum ini. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan perut buncit:

  1. Jika anda mengambil alkohol, kurangkan pengambilannya. Alkohol dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan dan menjadi salah satu penyumbang kepada masalah perut buncit.
  2. Ambil berat tentang masa tidur anda. Tidur yang cukup boleh mengurangkan risiko pengumpulan lemak yang berlebihan. Tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari.
  3. Rancang diet/ pemakanan anda. Kurangkan pengambilan kalori setidak-tidaknya 500-1000 kalori sehari. Kurangkan pengambilan karbohidrat serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah, susu rendah lemak, dan juga protein tanpa lemak.
  4. Amalkan senaman. Jika anda tidak mampu untuk melakukan senaman berat, anda boleh mencuba senaman kardio, yoga atau aktiviti berjalan kaki.

Ketahanan mental yang tinggi amat diperlukan jika anda ingin menghilangkan perut buncit. Ini kerana ianya bukan suatu perkara yang mudah untuk dicapai. Walaubagaimanapun dengan perancangan yang teliti diikuti dengan matlamat yang tepat anda mampu untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit yang berpunca daripada masalah lemak yang berlebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *