Cucuk insulin tidak menyakitkan…percayalah

Banyak pesakit datang ke Farmasi dan mengadu tentang sakit ketika menyuntik insulin

Berikut adalah beberapa cadangan saya untuk mengurangkan rasa sakit ketika menyuntik insulin.

1. Jangan gunakan jarum lebih daripada sekali
Penggunaan jarum yang berulang akan menyebabkan jarum menjadi tumpul dan kasar. Jarum yang tumpul akan menyebabkan rasa sakit yang lebih ketika menyuntik.

2. Ubah kedudukan kawasan suntikan setiap hari dan setiap kali menyuntik.
Suntikan di tempat yg sama setiap kali menyuntik akan menyebabkan kulit menjadi sensitif dan keras. Bahagian abdomen adalah kawasan yang disarankan untuk suntikan insulin berbannding kawasan lain.

3. Kelajuan semasa menyuntik dos insuilin.
Hanya dengan teknik yang bagus dan ilmu yang mencukupi akan membantu pesakit untuk menyuntik dos dengan betul dan yakin. Pastikan plunger ditekan habis dan ditahan selama lebih kurang 10 saat. jika kulitdicubit semasa menyuntik, pastikan cubitan dilepaskan dahulu sebelum jarum insulin dikeluarkan. Tekan kawasan suntikan beberapa saat untuk pastikan tiada dos yang akan terkeluar.

4. Biarkan alkohol kering dahulu sebelum menyuntik.
Penggunaan alkohol sebagai disinfektant sebelum menyuntik adalah bagus, Walaubagaimanapun, pastikan alkohol tersebut sudah kering sebelum menyuntik. Ini kerana alkohol yang masih dalam keadaan basah akan menybebabkan kesan seperti terbakar ketika menyuntik.

5. Suhu Insulin.
Jika insulin yang digunakan adalah yang pertama kali diambil daripada peti ais. Pastikan insulin tersebut dikeluarkan lebih awal dan dibiarkan kepada suhu bilik sebelum menyuntik, ini kerana menyuntik insulin yang sejuk kedalam kulit adalah lebih sakit berbanding insulin yang dalam keadaan suhu bilik. Insulin yang telah digunakan oleh bertahan sehingga 28 hari selepas dibuka .

Fikir-fikirkan …..jika info ini anda rasa berguna dan bermanfaat, bolehlah dikongsikan dan dipanjang kepada sahabat handai dan saudara mara.

‪#‎Disclaimer‬: Please note that the article is based on my experiences and knowledge. Thus, the information provided does not constitute medical advice.

Bob Iskandar bin Kadir, RPh
Pharmacist
Community Pharmacy, Paya Rumput Perdana
Melaka
06-3322248/ 016-4225367

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *