5 Khasiat Chia Seed Yang Perlu Anda Tahu

Chia Seed semakin popular di Malaysia dan menjadi pilihan bagi pencinta makanan berasaskan organik. Chia seed merupakan biji-bijian kecil yang mudah untuk di hadam dan sesuai untuk di gunakan dalam penyediaan pelbagai jenis resepi. Berasal dari Mexico, chia seed mempunyai khasiat dan nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan. Sejak kebelakangan ini, chia seed sudah mula masuk ke pasaran Malaysia dan menjadi salah satu makanan organik yang disukai ramai.

Chia seed dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang berguna untuk kesihatan. Salah satunya adalah membantu untuk mengurangkan berat badan. Saiz dan bentuknya yang kecil apabila direndam di dalam air selelpas beberapa saat akan mengembang. Di dalam perut, chia seed akan mengembang lebih lagi. Inilah khasiat chia seed yang menyebabkan orang yang mengambilnya akan merasa kenyang lebih lama dan dipercayai boleh menurunkan berat badan.

Manfaat & Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

Kajian terbaru telah menemui khasiat chia seed adalah lebih banyak dari apa yang kita ketahui. Antara khasiat Chia seed adalah seperti membantu menyihatkan kulit, mengurangkan kesang penuaan, membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung dan sistem pencernaan, membina tulang dan otot yang kuat dan banyak lagi. Ada juga yang mengaitkan chia seed membantu dalam perawatan diabetes.

Jika anda ingin mencuba chia seed, mungkin anda perlu ambil tahu tentang khasiat dan manfaat yang terkandung didalamnya. Berikut adalah senarai khasiat chia seed secara terperinci.

1) Mengurangkan Berat Badan & Membina Otot

Salah satu ciri-ciri yang membuatkan chia seed menjadi pilihan ramai adalah kerana sifatnya yang boleh menyerap air sebanyak 10 kali lebih daripada beratnya sendiri. Sifat ini membolehkan chia seed membantu meningkatkan proses hidrasi dan penyerapan electrolytes, melambatkan pencernaan dan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

Ia juga kaya dengan zinc yang meningkatkan kandungan leptin dalam badan. Leptin merupakan hormon yang penting dalam mengawal selera makan,dan membantu penggunaan tenaga dalam badan secara efisien. Selain itu, ia juga meningkatkan stamina dan ketahanan badan yang menjadikan chia seed makanan pilihan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Kepada yang ingin membina otot, bakar lemak chia seed adalah pilihan terbaik kerana mengandungi protein. Ia juga mengandungi antioksida yang membantu menggantikan nutrien yang hilang semasa bersukan.Chia seed juga kaya dengan mineral penting seperti kalsium, phosphorus, magnesium, manganese, copper, zinc, iron and niacin.

Untuk ORDER stok chia seed boleh wassap ke 013.588.2733

2) Kesihatan Sistem Pencernaan

Chia seed kaya dengan fiber yang penting untuk mengekalkan keupayaan badan mengekalkan keseimbangan paras insulin dalam badan. Kaya dengan fiber membuatkan chia seed dapat menolong untuk menjaga kesihatan usus. Ia juga dapat membantu seseorang yang mengambilnya merasa cepat kenyang kerana ia menyerap air secukupnya dan membantu dalam mengurangkan berat badan. Apabila di ambil, chia seed juga dapat menghasilkan bahan seperti gelatin di dalam perut yang bertindak seperti prebiotic yang bagus untuk usus.

3) Kesihatan Jantung

Keupayaan chia seed untuk mengawal kolesterol dan menurunkan tekanan darah dapat membantu untuk memelihara kesihatan jantung. Ia juga bermanfaat untuk mencegah atherosclerosis. Kaya dengan linoleic acid iaitu acid lemak yang membantu penyerapan vitamin larut lemak A,D,E dan K, chia seed membekalkan Omega-3 yang bertindak menjaga jantung dengan menurunkan tekanan darah, kolesterol jahat, dan inflamasi. Inflamasi boleh menjadi punca masalah jantung disebabkan oleh tekanan terhadap saluran darah. Dengan itu, pengambilan chia seed boleh membantu dalam penjagaan jantung anda.

4) Meningkatkan tenaga & Kadar Metabolisma

Pengambilan chia seed dapat meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lemak. Terdapat kajian yang dilakukan di luar negara mendapati dengan menambah chia seed dalam diet harian dapat mengurangkan “visceral adipose tissue” iaitu “belly fat” yang menjadi penyumbang obesiti.

5) Menguatkan Tulang

Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan membantu mengekalkan jisim dan kekuatan tulang. Hanya 1 ounce Chia seed menyumbang 18% keperluan kalsium untuk badan dalam sehari.Ia juga mengandungi boron yang juga nutrien penting untuk kesihatan tulang. Boron membantu dalam proses metabolisma calcium, magnesium, manganese, dan phosphorus untuk kesihatan tulang dan otot.

5) Kesihatan Gigi

Kaya dengan kalsium, phosphorus, Vitamin A and zinc, chia seed merupakan makanan organik yang bagus untuk kesihatan gigi memandangkan kalsium merupakan element yang penting untuk menghasilkan gigi. Zinc dapat menghalang pembentukan plak dan juga mempunyai sifat antibakteria yang mencegah nafas berbau. Vitamin A and phosphorus juga penting untuk kesihatan gigi dan mulut.

Jika anda tertarik untuk mengamalkan chia seed sebagai makanan harian, anda boleh mencuba dan reka sendiri menu yang sesuai dengannya. Khasiat yang terdapat dalam chia seed boleh membantu mengekalkan kesihatan anda.

2 thoughts on “5 Khasiat Chia Seed Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *