Krim Betamethasone

Krim Betamethasone ialah sejenis krim kortikosteroid yang poten. Krim ini biasa digunakan untuk melegakan gatal dan radang berkaitan penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dermatitis kontek, alahan, ruam serta gigitan serangga.

Antara jenama yang terdapat di Malaysia (Senarai mungkin tidak lengkap)

  • Betnovate
  • Diprosone
  • Beavate

Cara aplikasi krim

Krim berwarna putih ini diaplikasi secara nipis dan digosok secara rata pada kulit bermasalah sekali atau maksimum 2 kali sehari. Krim ini digunakan selama 4 minggu hingga kondisi bertambah baik, kemudian dikurangkan frekuensi atau ditukar kepada krim yang kurang poten. Aplikasi krim pelbagai jenis dalam waktu sama haruslah dielakkan. Sekiranya perlu, waktu aplikasi perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 30minit .

Jangan ambil ubat ini jika anda:

Krim Betamethasone tidak sesuai diaplikasi pada kulit muka dan kelopak mata. Krim ini juga tidak boleh digunakan jika anda:

  • Mengandung
  • Menyusukan anak
  • Golongan bayi berumur kurang daripada setahun
  • Mengalami ulser kaki yang kronik
  • Mempunyai masalah jerawat
  • Mengalami kegatalan yang tidak melibatkan inflamasi
  • Mengalami kegatalan pada perianal dan genital.
  • Mempunyai sejarah alahan kepada kortikosteroid atau mana-mana bahan yang terdapat dalam sediaan

Kesan sampingan

Penggunaan berterusan dalam jangka masa panjang dan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan

  • Kulit menjadi nipis, kecut, gatal dan juga sakit
  • Sindrom Cushing terutama di kalangan kanak-kanak

1 thought on “Krim Betamethasone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *