Loratadine

Ubat loratadine merupakan sejenis ubat dalam kategori anti-histamine yang bertindak mengurangkan kesan semulajadi histamin dalam badan. Histamine boleh menyebabkan simptom seperti bersin, selesema , hidung berair dan gatal. Dengan itu loratadine digunakan untuk merawat simptom sepereti bersin, hidung atau mata berair, keradangan kulit, kegatalan dan simptom allergik. Loratadine juga digunakan dalam kebanyakan kes untuk merawat kegatalan pada kulit.

Antara jenama yang terdapat di Malaysia. (Senarai mungkin tidak lengkap)

  • Avotyne
  • Axcel Loratadine
  • Carin
  • Clarityne
  • Ezede
  • Loradine
  • Loratadine Stada
  • Loridin
  • Loridin Rapitab

Maklumat penting sebelum anda mengambil ubat loratadine :

Jangan ambil ubat ini jika anda allergik kepada loratadine atau ubat desloratadine.Anda perlu memaklumkan terlebih dahulu tentang segala penyakit yang anda sedang alami atau profile perubatan anda. Maklumkan kepada doktor anda jika anda sedang mengalami penyakit seperti buah pinggang atau hati.

Cara Pengambilan Ubat Loratadine

Ubat ini perlu di ambil mengikut arahan pada label ubat anda. Jangan mengambil ubat ini melebihi dos dan tempoh yang di arahkan oleh doktor. Loratadine biasanya di ambil sekali sehari. Ianya boleh di ambil sama ada sebelum ataupun selepas makan. Anda boleh berhenti dari mengambil ubat ini sekiranya simptom atau keadaan anda bertambah baik.

Tertinggal Dos

Jika anda terlupa, ambil dos yang anda terlupa sebaik sahaja anda ingat. Jika sudah hampir kepada dos seterusnya abaikan dos yang tertinggal dan ikut jadual seperti biasa. Jangan gandakan dos.

Kesan Sampingan Ubat Loratadine

Biasanya loratadine tidak menyebabkan pening dan mengantuk. Jika anda mengalami pening dan/atau mengantuk jangan memandu atau mengendalikan tugasan yang memerlukan anda sentiasa focus. Loratadine juga boleh mengakibatkan sakit kepala, keletihan, kelemahan otot, ketidakselesaan perut dan mulut kering. Jika simptom di atas bertambah teruk, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor anda.

Jangan mengambil alkohol dalam tempoh rawatan dengan ubat loratadine kerana boleh meningkatkan risiko mengalami kesan sampingan.

Cara penyimpanan

Simpan di tempat yang betul dan jauh dari kanak-kanak. Ubat ini ada tarikh luput dan anda tidak boleh mengambil ubat ini jika sudah melepasi tarikh luput tersebut.

Update on : 23/11/015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *