Makanan Manis Tapi Sihat? Anda Perlu Baca Artikel Ini

Kebanyakan individu yang sedang berdiet akan menghindari makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula. Sehingga ada yang menghindari buah-buahan dengan alasan kadar gulanya tinggi. Tahukah anda terdapat makanan manis tapi sihat?

Sebenarnya kandungan gula dan karbohidrat di dalam buah-buahan adalah semulajadi dan mudah dicerna menjadi gula dalam darah. Beberapa jenis makanan manis tapi sihat adalah seperti berikut:

1. Madu – Makanan manis tapi sihat
Madu mengandungi vitamin dan mineral (kalium, fosforus, selenium) yang menyihatkan. Madu juga mengandungi antioksida yang boleh menghindari dari kanser.

2. Kurma – Makanan manis tapi sihat buah
Kurma adalah karbohidrat kompleks yang membuatkan gula di dalam badan diserap secara perlahan-lahan. Pengambilan kurma ketika berpuasa baik untuk memulihkan tenaga.

3. Buah pisang – Makanan manis tapi sihat
Pisang adalah buah yang manis, enak dan rasa berlemak apabila dimakan. Pengambilan sebiji pisang sebelum makan makanan berat pasti akan membuatkan anda berasa cepat kenyang.

4. Buah beri – Makanan manis tapi sihat
Buah beri (strawberi, raspberi, blackberi, cranberi) mengandungi gula semulajadi, vitamin C dan pelbagai vitamin serta mineral lain. Ianya rendah lemak dan kalori iaitu hanya 45-81 kalori dan kira-kira 0.5 gram lemak di dalam secawan beri.

5. Buah sitrus – Makanan manis tapi sihat
Buah sitrus seperti limau dan oren mengandungi gula semula jadi yang tinggi. Ianya hanya mengandungi 40-53 kalori dan kurang daripada 1 gram lemak per 3 auns.

Oleh itu, usah ragu-ragu untuk mengambil makanan manis tapi sihat seperti di atas. Pengambilan buah-buahan amat baik kepada anda yang sedang berdiet kerana ianya dapat membekal tenaga serta mengandungi vitamin, mineral dan serat yang baik untuk badan kita.

*Nota : Makanan manis tapi sihat seperti di atas mungkin tidak sesuai diamalkan oleh pesakit kencing manis.

Kredit : petua warisan kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *