Satu Jenis Jus Boleh Sembuhkan Sejuta Penyakit?

Cerita ini telah saya minta izin dari pesakit saya. Beliau minta saya rahsiakan namanya.

Wanita ini mengandung anak kedua. Umurnya lewat 20-an.

Minggu lepas dia datang ke klinik dengan komplen demam tinggi, turun air dan sakit perut.

Kandungannya sudah mencecah 34minggu.

Bila diperiksa, suhunya 38.5 darjah celcius, air kencingnya sedikit kotor, darah putihnya 19.7, bukaan os sudah 1cm dan ada contractions 2 kali dalam 10 minit.

Saya refer kepada hospital.

Tadi, dia datang balik ke klinik untuk temujanji 36minggu.

Bila saya baca keputusan daripada hospital, saya lihat keputusan scan dia, buah pinggang dia sedikit rosak.

Terkejut sekejap saya.

Jadi, saya yang suka menyibuk ni pun tanya, ada amalkan makanan tambahan ke supplemen online ke, jus jus ke, jamu jamu ke.

Kata dia, ada.

Geram dan marah.
Bukan pada pesakit saya tapi kepada penjual yang hanya tahu kaut untung tapi tak peduli kesihatan pengguna.

Masa anak dara, lepas kahwin, dia ada beli beberapa produk yang dijual online. Semua produk tu tidak ada dijual di farmasi dan disarankan oleh kawan kawan.

Grrrrr!

Jujur saya rasa geram sangat.
Saya mesti akan dapat kes pesakit yang rosak buah pinggang akibat dari pengambilan produk online ni.

Kesian mereka.
Percaya bulat bulat pada iklan dan testimoni rekaan mereka yang berajakan duit semata.

Yang paling sedih adalah kebanyakkan pembelinya adalah makcik pakcik di luar bandar. Peniaga memang pandai gebang dan susah nak goyang.

Tapi nyawa siapa yang mudah melayang?

Untuk awak semua,
untuk kesekian kalinya saya nak tekankan,
fikirlah logik akal yang Allah kurniakan kepada kita.

Warna, rasa lebih kurang sama
Botol, jenama dan harga sahaja berbeza
Kilang juga sama.
Kenapa anda mudah terpedaya?

Takkanlah satu jenis jus boleh sembuhkan sejuta penyakit?

Nak eja nama penyakit pun huru hara.
Kalau tanya buah pinggang ada berapa pun menganga.
Belum lagi tanya apa itu kolesterol atau steroids.

Jus adalah makanan.
Makanan bukan ubat.

Tidak ada kolagen yang sesuai dibuat jus.

Dan kopi yang dicampur dengan segala macam bahan bukan penyembuh tapi pembawa kepada penyakit.

Kenapa anda suka membazir?

Cukuplah dengan toksik yang ada di sekeliling kita, jangan ditambah lagi kepada badan kita. Kesian hati dan buah pinggang kita perlu bekerja keras lebih dari biasa sampai terbocor sini sana.

Nota kaki :Ingat ya, jika taktahu hal kesihatan, tanya pada ahli kesihatan bukan pada si mata duitan😑

Dr. Erna Nadia
Hiduplah dengan sihat dan janganlah suka membazir sangat. Kalau duit banyak taktau nak buat apa, sedekahlah, pahala pun bertingkat tingkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *