Apa Itu Vitamin? Vitamin Apakah Yang Saya Perlukan?

Vitamin merupakan bahan organik yang diperlukan dalam kuantiti tertentu untuk memastikan kelangsungan badan. Sumber vitamin kebiasaannya diperoleh daripada makanan yang di ambil.Ini adalah kerana badan kita samaada menghasilkan vitamin dalam kuantiti yang sedikit atau tidak menghasilkannya.

Terdapat 13 jenis vitamin yang diperlukan oleh badan kita iaitu :

  • Vitamin A
  • Vitamin B (thiamine, riboflavin, niacin, pantothenic acid, biotin, vitamin B-6, vitamin B-12 and folate)
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin K

Selalunya vitamin diperolehi daripada makanan yang kita ambil.Akan tetapi ada sesetengah vitamin yang dihasilkan oleh badan kita iaitu vitamin D & K. Setiap jenis vitamin memainkan peranan tertentu terhadap badan manusia. Kekurangan vitamin akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan. Sebagai contoh, kekurangan vitamin C akan menyebabkan kekurangan darah (anemic). Vitamin juga berfungsi untuk mencegah masalah kesihatan daripada berlaku contohnya Vitamin A untuk mencegah rabun malam.

Kategori Vitamin

  • Vitamin dapat dikategorikan kepada 2 kategori iaitu Vitamin Larut Lemak & Air
  • Vitamin Larut Lemak boleh di simpan di dalam badan dalam jangka masa yang lama memandangkan ianya mudah diserap ke dalam lemak dan disimpan di dalam tisu lemak badan atau hati. Vitamin laruk lemak adalah Vitamin A, D, E, K.
  • Vitamin Larut Air pula tidak dapat disimpan di dalam badan untuk jangka masa yang lama dan akan disingkirkan dari badan melalui urin. Vitamin larut air adalah Vitamin B & C.

Jenis-jenis Vitamin

Vitamin A

Vitamin A merupakan vitamin larut lemak . Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam & keratomalacia (masalah mata yang disebabkan kornea kering). Sumber vitamin A seperti hati, minyak ikan kod, carrot, telur, apprikot & susu.

Vitamin B

Vitamin B merupakan vitamin larut air.

Vitamin C

Vitamin C (ascorbic acid) merupakan vitamin larut air. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti Megaloblastic Anemia. Sumber semulajadi vitamin C adalah seperti, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin D

Nama kimia untuk vitamin D adalah ergocalciferol/cholecalciferol dan merupakan vitamin larut lemak. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan rickets, osteomalacia.Vitamin D dihasilkan di kulit.Sumber lain vitamin D adalah hati lembu, telur & cendawan.

Vitamin E

Nama kimia untuk vitamin D adalah tocopherols, tocotrienols dan merupakan vitamin larut lemak. Sumber semulajadi seperti buah kiwi, almond, telur, susu, kekacang.

Vitamin K

Nama kimia untuk vitamin K adalah phylloquinone, menaquinones dan merupakan vitamin larut lemak.Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan bleeding diathesis ( cenderung untuk mengalami pendarahan).Sumber semulajadi adalah seperti sayuran hijau berdaun, buah kiwi.

Gambarajah di bawah sebagai rujukan jenis-jenis makanan yang mengandungi vitamin.

vitamin-wheel

 

 

 

Save

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *