14 Petua Hilangkan Gastrik Yang Perlu Anda Buat Untuk Cegah Gastrik Berulang

2 min read

Siapa yang pernah kena gastrik atau selalu disebut gastrik angin sudah tahu betapa sakit serangannya. Lebih-lebih lagi jika kena sakit gastrik datang ketika puasa. Juga dikenali sebagai pedih ulu hati, gastrik sebenarnya boleh dicegah dengan cara ubah gaya hidup & pemakanan. Di sini kami kongsikan 14 Petua Hilangkan Gastrik yang perlu anda mulakan hari ini untuk cegah dari gastrik berulang.

14 Petua Hilangkan Gastrik :

1. Elakkan makanan pedas dan berempah serta makanan yang selalu buatkan anda gastrik atau sakit perut.Contoh makanan yang menjadi punca gastrik seperti makanan berminyak dan juga berlemak.

2. Makan lebih kerap pada waktu siang tetapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit. Ini bertujuan untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Anda disarankan untuk sediakan makanan seperti biskut disisi.

3. Hentikan minum minuman beralkohol.

4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman seperti jogging ataupun dapatkan kaunseling untuk kurangkan stress.

5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C.

6. Belajar bertenang serta bersabar membantu mengurangkan rembesan asid perut atau jus gaster dari perut.

7.Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan citrus seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.

8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.

9. Elakkan minuman beralkohol, minuman yang ber-kafein dan minuman bikarbonat.

10.Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.

11.Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.

12.Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.

13.Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.

14. Amalkan pengambilan kapsul bawang putih atau garlic yang boleh dibeli di farmasi berdekatan dengan tempat tinggal anda. Selain itu anda juga boleh beli di sini.

Baca juga : Tanda-Tanda Gastrik

Anda boleh kongsikan pengalaman atau petua hilangkan gastrik yang pernah anda cuba dan berjaya sembuh dari gastrik di ruangan komen di bawah. Kami akan siarkan komen anda untuk rujukan pembaca lain yang menghadapi masalah yang sama & sedang mencari petua hilangkan gastrik yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.