4 Jenis Produk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik Di Malaysia

  • by

Parut jerawat memang merisaukan. Di sini kami kongsikan cara menghilangkan parut jerawat yang terbukti berkesan.Rawat segera sebelum lagi sukar untuk hilangkan parut jerawat. Jika anda tercari-cari produk hilangkan parut jerawat terbaik di Malaysia, ini 4 jenis ubat parut jerawat yang harus anda senaraikan untuk cuba.

4 Jenis Produk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik

Bermula dengan masalah jerawat, kemudian parut jerawat pula. Masalah jerawat samada di muka atau badan sentiasa menjadi igauan ngeri terutamanya untuk remaja.

Ada beberapa jenis parut jerawat yang ada. Berikut adalah jenis-jenis parut jerawat seperti

  • Depressed Scar,
  • Rolling Scar,
  • Boxcar Scars,
  • Ice picks scar dan beberapa jenis ini.

Parut bekas jerawat perlu dirawat lebih awal kerana parut yang berusia semakin sukar untuk hilang atau pudar. Jika dibiarkan terlalu lama, parut jerawat boleh menjadi parut kekal yang sukar untuk dirawat.

Ini 4 jenis Produk untuk parut jerawat di Malaysia yang telah terbukti secara klinikal:

1. Hiruscar untuk parut jerawat

Hiruscar Post Acne (hiruscar untuk parut jerawat) ini diformulasikan khas untuk kegunaan setiap hari untuk merawat bekas jerawat ataupun parut bekas jerawat. Hiruscar diformulasi dalam bentuk gel yang mudah dan cepat diserap oleh kulit.

Hasil daripada kajian yang dijalankan di Australia ke atas 31 orang wanita berumur 20 – 45 tahun mendapati 97% berpuashati menggunakannya dan 90% mendapati perubahan positif pada parut jerawat mereka selepas menggunakan Hiruscar selama 2 minggu.

Hiruscar Post Acne dikeluarkan oleh Medinova AG Switzerland. Ia dapat memperbaiki parut ‘depressed scar’ yang disebabkan oleh jerawat dan mencerahkan tompok-tompok hitam bekas jerawat.

Ubat jerawat hiruscar bertindak melalui 3 cara iaitu:

1. Mencerahkan tompok hitam dan tanda bekas jerawat.
2. Melembutan dan menghaluskan permukaan bekas parut jerawat.
3. Menjadikan kulit lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti jerawat semula.

Kandungan bahan aktif utama dalam ubat parut Hiruscar adalah Allium Cepa Bulb Extract.

Cara pakai Hiruscar Post Acne / Berapa lama kena pakai Hiruscar untuk parut jerawat?

Untuk kesan dan hasil optimum, anda harus guna Hiruscar Post Acne Gel ini sebanyak 2 – 3 kali sehari sekurang-kurangkan 2 minggu hingga 2 bulan untuk hasil yang terbaik.
Anda boleh baca testimoni hiruscar post acne dari pengguna yang telah gunakan Hiruscar. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda gunakan Hiruscar kepada pembaca-pembaca yang lain.

Jangan guna Hiruscar Post Acne pada luka terbuka atau jerawat yang masih belum sembuh.

Di mana nak beli hiruscar post acne gel?

Untuk dapatkan hiruscar post acne gel anda boleh ke farmasi terdekat atau beli di farmasi online yang dipercayai.

2. Dermatix untuk parut jerawat

Dermatix advance gel untuk parut jerawat

Mungkin anda pernah tengok iklan DERMATIX di TV. Ubat parut dermatix juga telah diuji secara klinikal berkesan untuk memperbaiki, melembutkan, meratakan parut, melegakan gatal dan juga mencerahkan tompok hitam yang disebabkan oleh parut.

Namun, Dermatix Gel ini tidak sesuai untuk parut jenis ‘Depressed Scar’ yang disebabkan oleh jerawat atau chicken pox.

Cara pakai ubat parut dermatix

Berapa lama anda perlu gunakan Dermatix untuk kesan yang terbaik?
Untuk kesan postif yang terbaik, anda boleh mula gunakan Dermatix Gel pada parut yang baru (sehingga parut lepas 3 bulan), sebaik sahaja luka ataupun jerawat telah sembuh dan tertutup.

Kesan positif boleh dilihat selepas 12 minggu penggunaannya secara berterus.

5 Tips Untuk Guna DERMATIX GEL untuk parut jerawat

#1. Sapu sedikit gel sahaja cukup untuk lapisan nipis atas parut. Sapu telalu banyak gel hanya membazir dan ambil masa untuk kering.
#2. Satu tube 15 g boleh digunakan untuk 2 bulan.
#3. Sebelum gunakan Dermatix, ukur atau ambil gambar parut anda dulu. Supaya senang anda bandingkan perkembangannya nanti.
#4. Jangan biarkan parut anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas dan cahaya matahari yang terik.
#5. Jangan gunakan Dermatix pada luka yang belum sembuh.

3. Mederma Gel untuk parut jerawat

Mederma gel untuk parut jerawat

MEDERMA Proactive Gel merupakan satu lagi ubat untuk merawat parut yang utama di pasaran. Gel ini dikeluarkan oleh syarikat Merz Pharma dari Jerman. 3 kandungan utama Mederma yang berfungsi untuk memperbaiki parut adalah Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera.
Cepalin telah dibuktikan mempunyai sifat anti-radang dan membantu untuk melembutkan tisu parut. Allantoin pula mempercepatkan proses penyembuhan parut jerawat, mengurangkan rasa gatal dan meratakan kulit. Aloe Vera mempunyai sifat melembabkan, menyejukkan dan meningkatkan proses pembaharuan kulit,

Berapa lama anda perlu gunakan ubat hilang parut Mederma?
Anda disyorkan menggunakan Gel Mederma ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 8 minggu hingga 3 -6 bulan untuk kesan yang terbaik.

4. BIO-OIL
BIO OIL untuk parut jerawat
Bio-Oil pula agak berbeza daripada ubat merawat parut yang lain seperti Hiruscar, Dermatix dan Mederma yang diformulasikan dalam bentuk Gel.
Bio-Oil diformulasikan untuk memperbaiki parut, meregangkan kulit, memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan melembabkan kulit yang kering. Kandungan bahan aktif utamanya adalah Vitamin A, Vitamin E, minyak Kalendula, Lavendar, Rosemary dan Kamomil.
Bio-Oil perlu disapu pada parut 2 kali sehari, urut dengan hujung jari dengan pergerakan membulat sehingga ia diserap sepenuhnya. Gunakan minimum selama 3 bulan dan jangan sapu pada luka yang masih belum sempuh.
Bio-Oil ini khusus untuk penjagaan kulit bukan diformulasikan khas untuk parut jerawat tetapi tetap boleh digunakan untuk memperbaiki parut bekas jerawat sama ada baru ataupun lama.
Bio-Oil ini boleh didapati dalam botol 60ml, 125ml dan 200ml.
Anda ada pengalaman menggunakan BIO-OIL ini ? Mungkin boleh kongsikan dengan kami dan pembaca-pembaca lain di sini.

Kredit to:
Rahman Baco, Pharmacist

Baca juga 3 produk hilangkan jerawat berkesan

Berikut adalah 4 jenis produk hilangkan parut jerawat terbaik di Malaysia. Parut jerawat perlu dirawat pada peringkat awal dengan menggunakan produk skincare hilangkan parut jerawat ini.