Vitamin C memang terkenal berbanding vitamin-vitamin yang lain. Apatah lagi di kalangan perempuan yang sangat sinonim dengan vitamin C untuk untuk kulit putih gebu. Namun, adakah kita tahu terdapat pelbagai jenis vitamin C yang terdapat di Farmasi Malaysia?.
MARI KENALI JENIS-JENIS VITAMIN C DAN KEBAIKANNYA
APA ITU VITAMIN C?
-Sejenis antioksidans yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, akan tetapi vitamin C boleh teroksida apabila terdedah dengan haba tinggi (dimasak)
contoh: buah kiwi, bayam, brokoli dan strawberi, betik
KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA?
– Menguatkan pertahanan semula jadi manusia
– Menurunkan paras kolesterol dalam badan
– Menurunkan paras urik asid dalam badan (urik asid tinggi boleh menyebabkan gout)
– Membantu penyerapan zat besi
– Merangsang sistem immunisasi
– Membantu untuk mencantikkan kulit
JENIS2 VITAMIN C YANG TERDAPAT DI PASARAN
1. Vitamin C Effervescent (Larut dalam air)
– Vitamin C dalam bentuk tablet dilarutkan di dalam air.
– Rasa yang sedap (rasa macam air gas)
– Contoh vitamin C effervescent yang paling popular adalah seperti Flavettes glow dan redoxon.
2. Bebas Gula (Sugar Free)
– Sesuai untuk penghidap kencing manis
Contoh : 21st Century Acid Free C 1000mg
3. Sustained Release (Dilarutkan perlahan-lahan)
– hanya perlu dimakan satu dos sahaja
– dos lebih rendah daripada biasa
contoh : 21st Century Vitamin C 1000mg Prolonged Release
4. Tidak berasid (Non-Acidic)
– sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati
Contoh :
5. Hisap/Kunyah
– dos lebih rendah untuk kanak-kanak
6. Campuran
– Vitamin C + gluthathione (membantu untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan) contoh : Vitamin C flavettes glow
– Vitamin C + Zinc (merangsang system imunisasi badan dan mencantikkan kuku, kulit dan rambut)
– Vitamin C + Calcium ( Vit C membantu meningkatkan penyerapan calcium dalam badan, menguatkan tulang)
– Vitamin C + Lysine (membantu menaikkan selera makan)