7 Petua Kecutkan Buasir Yang Mampu Mencegah Buasir

1

7 Petua Kecutkan Buasir Yang Mampu Mencegah Buasir – Cara terbaik untuk mencegah buasir dari berlaku adalah semasa membuang air besar di mana anda perlu elak daripada berlaku sembelit. Dengan ini najis yang lembut senang untuk melepasi dubur tanpa menyebabkan tekanan pada salur darah. Untuk mencegah buasir daripada berlaku atau mengurangkan simptom-simptom, tips berkenaan mungkin berguna :

  1. Diet tinggi fiber : Pengambilan fiber dalam pemakanan dapat mengelak najis menjadi keras. Contoh diet yang tinggi dengan fiber seperti buah-buahan, oak, sayur-sayuran dll. Diet yang mengandungi fiber dapat mengurangkan sembelit dengan itu dapat mengurangkan tekanan pada salur darah semasa membuang air besar.
  2. Minum air dengan kuantiti yang banyak : Minum 6-8 gelas air untuk mencegah sembelit dari berlaku.
  3. Ambil supplement fiber : Kuantiti fiber yang diperlukan oleh seseorang lelaki adalah sebanyak 38 gram manakala perempuan sebanyak 25 gram. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan supplement fiber dapat mengurangkan simptom dan pendarahan akibat buasir. Produk yang mengandungi fiber selalunya boleh di dapati tanpa preskripsi (OTC). Jika mengambil supplement yg mengandungi fiber pastikan mengambil air yang cukup untuk mengelakkan berlaku sembelit akibat fiber itu sendiri.
  4. Jangan Meneran : Meneran semasa membuang air besar akan menyebabkan tekanan pada salur darah (vena).
  5. Jangan tangguh untuk buang air : Najis akan menjadi keras jika menangguh masa membuang air.
  6. Bersenam : Ini boleh mencegah sembelit dan mengurangkan tekanan pada vena
  7. Elakkan duduk dalam jangka masa yang lama : Duduk yang terlalu lama terutama di tandas meningkatkan tekanan pada vena.

Baca juga tentang punca buasir, jenis buasir iaitu buasir luar dan buasir dalam serta rawatannya di sini.

Karena

One thought on “7 Petua Kecutkan Buasir Yang Mampu Mencegah Buasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Krim Betamethasone

Tue Feb 2 , 2016
Krim Betamethasone ialah sejenis krim kortikosteroid yang poten. Krim ini biasa digunakan untuk melegakan gatal dan radang berkaitan penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dermatitis kontek, alahan, ruam serta gigitan serangga. Antara jenama yang terdapat di Malaysia (Senarai mungkin tidak lengkap) Betnovate Diprosone Beavate Cara aplikasi krim Krim berwarna putih ini […]