Acarbose

Acarbose digunakan untuk merawat penyakit kencing manis (diabetes). Ubat ini membantu merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah anda. Acarbose bertujuan untuk diambil sebagai sebahagian daripada program penjagaan diabetes yang lengkap iaitu senaman, diet yang sihat dan pemantauan berkala paras gula dalam darah.

Cara pengambilan Ubat Acarbose

1. Ambil Acarbose seperti yang diarahkan oleh doktor atau ikut arahan pada label ubat. Jangan ambil dos yang lebih atau kurang daripada yang diarahkan oleh doktor anda.

2. Ubat ini perlu diambil semasa anda mula makan iaitu bersama-sama dengan suapan pertama makanan. Cuba ambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari.

3. Acarbose perlu diambil secara teratur supaya ia berkesan. Teruskan mengambil ubat ini walaupun keadaan anda bertambah baik. Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan jika diarahkan oleh doktor anda.

4. Jika anda terlupa mengambil satu dos ubat, abaikan sahaja dos tersebut dan ikut semula jadual pengambilan ubat anda seperti biasa. JANGAN menggandakan dos dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda sering lupa untuk mengambil ubat, beritahu doktor dan ahli farmasi anda.

Kontraindikasi Ubat Acarbose

Beritahu doktor jika anda mempunyai keadaan-keadaan berikut kerana Acarbose mungkin tidak sesuai untuk anda:

  1. penyakit hati yang teruk
  2. penyakit usus besar
  3. penyakit usus kecil

Kesan Sampingan Ubat Acarbose

Tindak balas seseorang terhadap ubat adalah berbeza antara satu sama lain. Beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku adalah seperti berikut:

  • Kembung Perut
  • Cirit-birit dan sakit perut.
  • Gangguan pencernaan.
  • Mual dan muntah.

Kesan sampingan lain acarbose yang jarang sekali berlaku adalah seperti pembengkakan pada bibir, wajah dan lidah. dan sakit kuning.

Segera berjumpa dengan pegawai perubatan jika Anda mengalami sakit atau gangguan pada otot. Jika kesan sampingan berterusan dan mengganggu  aktiviti harian anda atau anda mengalami alergik terhadap ubat acarbose segera dapatkan nasihat doktor anda.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Acetazolamide

Wed Feb 17 , 2016
Acetazolamide digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan lain dalam rawatan glaukoma. Ia tergolong dalam kategori ubat yang bertindak dengan cara menghalang aktiviti enzim karbonat anhidrase agar dapat mengurangkan tekanan pada bahagian mata bagi pesakit glaukoma. Ubat ini juga digunakan untuk merawat keadaan lain seperti epilepsi (sawan atau fits) dan penyakit gunung (yang […]