Acetazolamide

Acetazolamide digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan lain dalam rawatan glaukoma. Ia tergolong dalam kategori ubat yang bertindak dengan cara menghalang aktiviti enzim karbonat anhidrase agar dapat mengurangkan tekanan pada bahagian mata bagi pesakit glaukoma. Ubat ini juga digunakan untuk merawat keadaan lain seperti epilepsi (sawan atau fits) dan penyakit gunung (yang disebabkan oleh pengurangan tekanan udara dan paras oksigen yang rendah apabila berada di kawasan tanah tinggi).

Cara Penggunaan Ubat Acetazolamide

Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor atau ikut arahan pada label ubat. Jangan ambil dos yang lebih atau kurang daripada yang diarahkan oleh doktor anda.

Acetazolamide perlu diambil dengan makanan atau sebaik sahaja selepas makan. Cuba ambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari.

Jika anda mengambil kapsul jenis pembebasan-diubahsuai/ pembebasan berterusan/ pembebasan krono, telan ubat ini secara sekaligus. Jangan mengunyah atau menghancurkan kapsul tersebut.

Acetazolamide perlu diambil secara berkala supaya ia berkesan. Teruskan mengambil ubat ini walaupun keadaan anda bertambah baik. Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan jika diarahkan oleh doktor anda.

Peringatan

Jika anda mengalami atau mempunyai masalah seperti berikut, sila beritahu terlebih dahulu kepada doktor anda kerana ubat Acetazolamide mungkin tidak sesuai untuk anda.

  • Penyakit hati yang teruk
  • Penyakit buah pinggang yang teruk
  • Gangguan kelenjar adrenal
  • Paras kalium dan natrium yang rendah dalam darah
  • Penggunaan jangka panjang glaukoma bukan kongestif sudut tertutup (jenis glaukoma yang jarang berlaku yang disebabkan oleh saluran kanal yang tersumbat dan seterusnya mengakibatkan kenaikan mendadak tekanan dalam mata)
  • Penyakit paru-paru contohnya susah bernafas dan asidosis pernafasan (paru-paru tidak boleh mengeluarkan karbon dioksida sepenuhnya)
  • Beritahu doktor jika anda hamil atau menyusukan bayi.

Catatan : Pastikan anda menepati temujanji dengan doktor anda. Doktor perlu memantau keadaan anda dan memeriksa tindak balas badan anda terhadap ubat secara berkala. Doktor juga mungkin perlu melakukan ujian darah rutin seperti kiraan darah dan platelet lengkap sebelum dan semasa rawatan anda. Doktor akan menasihatkan anda tentang berapa kerap anda perlu menjalani ujian ini.

Kesan Sampingan Ubat Acetazolamide

Ubat Acetazolamide boleh mengakibatkan anda mengalami rasa pening dan mengantuk. Anda dinasihatkan supaya tidak memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang memerlukan anda supaya berjaga-jaga.

Kesan sampingan Acetazolamide yang lain adalah seperti berikut :

  • kulit kemerahan
  • sakit kepala
  • selera menurun
  • loya
  • muntah-muntah
  • cirit-birit
  • rasa kesemutan di kaki (jari, lengan, atau kaki)
  • berasa terlalu seronok
  • kawalan otot yang lemah
  • pengeluaran air kencing berlebihan
  • rabun dekat dan bunyi deringan dalam telinga

Sesetengah kesan sampingan mungkin memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Beritahu doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana yang berikut:

  •  demam berterusan dengan sakit tekak atau ulser mulut, pendarahan atau lebam yang luar biasa
  •  ruam dengan kulit mengelupas atau melepuh
  •  warna kekuningan pada kulit dan mata
  • Beritahu doktor jika mana-mana kesan sampingan tidak sembuh atau bertambah teruk atau jika anda mengalami kesan sampingan yang lain.

Interaksi Acetazolamide Dengan Ubatan Lain

Beritahu doktor jika anda sedang mengambil mana-mana daripada ubat-ubatan yang berikut:

  • ubat-ubatan untuk merawat epilepsi (sawan) contohnya carbamazepine, phenytoin
  • ubat-ubatan untuk merawat kebimbangan contohnya triazolam
  • ubat-ubatan untuk merawat penyakit jantung contohnya quinidine
  • ubat-ubatan untuk merawat gangguan mood contohnya lithium
  • ubat-ubatan untuk menahan sakit contohnya aspirin
  • agen pengalkalian contohnya sodium bicarbonate.

Senarai ini tidak termasuk semua ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan Acetazolamide.

Cara penyimpanan ubat Acetazolamide

Simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada kanak-kanak. Ubat-ubatan tidak boleh digunakan selepas ia tarikh luput tamat.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Albendazole

Thu Feb 18 , 2016
Albendazole digunakan untuk merawat jangkitan parasit dan jangkitan cacing. Ia bertindak dengan membunuh parasite. Jenama yang terdapat di pasaran contohnya Zentel 200mg tablet. JANGAN Guna Ubat ini jika : anda allergik dengan kandungan albendazole atau benzimidazoles (cth, rabeprazole) Dapatkan nasihat daripada doktor jika anda mengalami alahan kepada ubat ini sebelum […]

You May Like