Acugesic Ubat Untuk Apa? Cara Makan, Kesan Sampingan Dll

Acugesic Ubat Untuk Apa? Mengapakah saya perlu mengambil ubat ini?

Tramadol ialah sejenis ubat tahan sakit yang digunakan untuk merawat kesakitan yang sederhana dan teruk. Ia sering digunakan untuk melegakan kesakitan selepas pembedahan.

Bagaimanakah cara makan acugesic ?

Ambil ubat acugesic atau Tramadol seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jangan mengambil dos yang lebih daripada yang diarahkan oleh doktor anda.Ubat acugesic atau tramadol adalah ubat yang terkawal dan hanya boleh diambil atas arahan doktor sahaja.

Jangan mengambil Tramadol lebih kerap daripada yang diarahkan oleh doktor anda. Jangan mengambil Tramadol untuk tempoh masa yang lebih lama daripada yang diarahkan oleh doktor anda.

Acugesic Sebelum Atau Selepas Makan?

Anda boleh mengambil Tramadol dengan atau tanpa makanan.

Jika anda telah diberikan kapsul jenis pembebasan-diperpanjangkan (dilabel sebagai “Retard”, “XL”, “SR” atau “LA”), telan kesemua kapsul tersebut secara sekaligus. Jangan buka, kunyah atau menghancurkan kapsul tersebut.

Saya Lupa Makan Ubat Acugesic. Apa Perlu Saya Buat?

Ambil dos yang anda terlepas secepat mungkin sebaik sahaja anda ingat. Jika ia hampir kepada waktu untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ikut semula kepada jadual pendosan anda seperti biasa.

JANGAN menggandakan dos anda dalam apa jua keadaan.

Bilakah ubat ini tidak patut/sesuai diambil?

Beritahu doktor anda dengan segera jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Jangan menyusukan bayi semasa anda sedang dirawat dengan Tramadol.

Apakah yang perlu saya beri perhatian semasa mengambil ubat acugesic ini?

Beritahu doktor dengan segera jika anda mempunyai penyakit sawan, buah pinggang, hati, pankreas atau paru-paru.

Apakah kesan sampingan ubat acugesic?

Acugesic atau Tramadol menyebabkan anda rasa mengantuk dan pening. Jangan memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang memerlukan anda supaya berjaga-jaga. Tahap kewaspadaan dan masa tindak balas anda mungkin terjejas akibat pengambilan Tramadol.

Tramadol juga boleh menyebabkan kemerahan muka, sakit kepala, lemah otot, keletihan, masalah tidur, sembelit, loya, mulut kering dan ruam.

Kesan-kesan sampingan ini adalah bersifat sementara dan akan hilang selepas ubat ini dihentikan.

Beberapa kesan sampingan boleh menjadi serius dan memerlukan perhatian segera. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh penggunaan Tramadol untuk jangka masa panjang dan biasanya tidak timbul masalah dengan penggunaan jangka masa pendek atau penggunaan sekali-sekala. Beritahu doktor anda dengan segera jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan berikut:

  • sawan (fits)
  • sesak nafas atau masalah menelan
  • bengkak mata atau mulut
  • tingkah laku yang luar biasa atau perubahan emosi

Bolehkah Makan Acugesic dengan Ubat Lain?

Beritahu doktor dengan segera jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain, terutamanya yang disenaraikan di bawah:

– ubat epilepsi
– ubat-ubatan emosi, antidepresan atau sedatif seperti paroxetine, fluoxetine, sertraline, citalopram, moclobemide, clomipramine, amitriptyline dan semua ubat-ubatan lain yang serupa
– ubat penahan sakit lain
– sibutramine (sejenis pil anti-obesiti)

Sentiasa beritahu doktor dan ahli farmasi jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain, termasuk tonik herba, makanan tambahan/suplemen kesihatan dan ubat-ubatan yang anda beli tanpa surat ubat (preskripsi).

Adakah terdapat sebarang sekatan terhadap jenis makanan yang saya boleh makan?

Elakkan daripada mengambil alkohol. Walaupun dalam jumlah yang kecil, alkohol boleh memburukkan lagi keadaan mengantuk yang disebabkan oleh Tramadol. Alkohol juga boleh menjejaskan masa tindak balas anda dan menjadikan anda tidak selamat untuk memandu atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di mana anda perlu berjaga-jaga.

Bagaimanakah cara saya menyimpan ubat ini?

Simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada kanak-kanak.

Ubat-ubatan tidak boleh digunakan selepas ia melepasi tarikh luput.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Econazine Cream

Tue Jan 27 , 2015
Krim econazine ialah sejenis krim berwarna putih yang mengandungi antifungal & anti inflammatory agen. Kandungan yang terdapat dalam krim econazine ialah : Econazine nitrate Triamcinolone Acetonide Bahan pengawet : Methyl Paraben, Propyl Paraben Tindakan : 1. Econazole Nitrate mempunyai sifat antifungal¬† dan antibackterial. 2.Triamcinolone Acetonide mempunyai anti-inflamasi dan anti-pruritic serta […]

You May Like