Albendazole

Albendazole digunakan untuk merawat jangkitan parasit dan jangkitan cacing. Ia bertindak dengan membunuh parasite.

Jenama yang terdapat di pasaran contohnya Zentel 200mg tablet.

JANGAN Guna Ubat ini jika :

  • anda allergik dengan kandungan albendazole atau benzimidazoles (cth, rabeprazole)

Dapatkan nasihat daripada doktor jika anda mengalami alahan kepada ubat ini sebelum mengambilnya.

Dos Ubat Albendazole

  1. Kanak-kanak 1-2 tahun : 200 mg sebagai dos tunggal
  2. Dewasa & Kanak-kanak 2 tahun ke atas : 400 mg sebagai dos tunggal untuk 3 hari berturut-turut.

Ubat Albendazole perlu diambil semasa waktu makan utama iaitu dengan makanan atau sebaik sahaja selepas makan. Cuba ambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari.

Ubat Albendazole Semasa Hamil

Sila maklumkan doktor sekiranya anda hamil atau menyusukan bayi. Ubat ini dikategorikan dibawah pregnancy kategori C iaitu

Either studies in animals have revealed adverse effects on the foetus (teratogenic or embryocidal or other) and there are no controlled studies in women or studies in women and animals are not available. Drugs should be given only if the potential benefit justifies the potential risk to the foetus.

Tindak balas Albendazole dengan Ubat Lain

Sila maklumkan doktor anda jika anda sedang mengambil ubat-ubatan seperti di bawah:

cimetidine (ubat untuk meneutralkan asid perut)
praziquantel (ubat lain untuk merawat jangkitan cacing dan parasit)
ubat-ubatan untuk epilepsi (sawan atau fits) contohnya phenytoin, carbamazepine

Senarai di atas tidak termasuk semua ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan Albendazole.

Sentiasa beritahu doktor dan ahli farmasi jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain, termasuk tonik herba seperti ubat tradisional Cina, makanan/suplemen tambahan dan ubat-ubatan lain yang anda beli tanpa preskripsi atau surat ubat daripada doktor.

Kesan Sampingan Albendazole

Ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan seperti :

  • sakit kepala,
  • sakit perut,
  • loya
  • muntah-muntah.

Ubat ini haruslah disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada kanak-kanak. Jangan guna ubat ini selepas tamat tarikh luput.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Allopurinol

Fri Feb 19 , 2016
Allopurinol tablet (300 mg atau 100 mg) adalah ubat untuk mengurangkan kandungan uric acid dalam badan. Kandungan uric acid yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan gout, masalah buah pinggang ataupun batu dalam saluran kencing. Allopurinol digunakan untuk mencegah atau merawat keadaan seperti di atas. Allopurinol juga boleh digunakan untuk […]

You May Like