Allopurinol

Allopurinol tablet (300 mg atau 100 mg) adalah ubat untuk mengurangkan kandungan uric acid dalam badan. Kandungan uric acid yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan gout, masalah buah pinggang ataupun batu dalam saluran kencing. Allopurinol digunakan untuk mencegah atau merawat keadaan seperti di atas.

Allopurinol juga boleh digunakan untuk merawat keadaan di mana kandungan uric acid yang tinggi di dalam badan yang boleh berlaku pada individu yang kekurangan G6PD. Ubat ini tidak merawat ketika berlaku serangan gout kerana ia tidak boleh menghilangkan sakit akut.

Cara Pengambilan Ubat Allopurinol

Ubat allopurinol perlu di ambil selepas makan. Pastikan anda meminum air yang cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Cuba ambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari. Dos untuk allopurinol bergantung kepada arahan doktor.Sila ikut arahan yang tertera di label ubat.Jangan ambil lebih atau kurang daripada dos yang disarankan oleh doktor.

Anda perlu ambil ubat allopurinol untuk jangka masa tertentu sebelum kesan dapat dirasai. Teruskan mengambil ubat ini walaupun keadaan anda bertambah baik dan jangan berhenti mengambilnya kecuali jika diarahkan oleh doktor anda.

Kesan Sampingan Ubat Allopurinol

Kebanyakan ubat menpunyai kesan sampingan tersendiri. Allopurinol boleh menyebabkan ruam kulit yang gatal. Jika anda mula mengalami ruam, anda perlu berhenti mengambil satu dos Allopurinol dan beritahu doktor dengan segera. Jangan mengambil semula Allopurinol kecuali jika diarahkan oleh doktor anda.

Kesan-kesan sampingan yang lain termasuklah: cirit-birit dan loya.

Allopurinol juga boleh menyebabkan peningkatan serangan gout semasa permulaan rawatan. Beritahu doktor jika anda sering mengalami serangan gout.

Sesetengah kesan sampingan mungkin memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Beritahu doktor dengan segera jika anda mengalami ruam dengan kulit mengelupas atau melepuh pada bibir, mulut atau mata yang disertai dengan demam.

Beritahu doktor jika mana-mana kesan sampingan di atas tidak lega atau bertambah teruk atau jika anda mengalami kesan sampingan yang lain.

Peringatan

  • Beritahu doktor jika anda mempunyai penyakit hati atau penyakit buah pinggang.
  • Beritahu doktor jika anda hamil atau menyusukan bayi.

 

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Adakah Jangka Hayat Penggemar Kopi Lebih Lama?

Sat Feb 20 , 2016
Mengikut kajian yang di terbitkan pada Nov 16 (2015) dalam Circulation (Online Journal) seseorang penggemar kopi berkemungkinan mempunyai jangka hayat yang lebih lama berikutan penurunan risiko penyakit yang berkaitan dengan jantung (cardiovascular) dan penyakit saraf seperti Parkinson. Kajian dilakukan oleh Frank Hu, MD, PhD, seorang professor dalam bidang nutrition and […]