Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah Tanpa Perlu Belanja Besar

  • by

Terdapat pelbagai sumber yang berkongsi tentang cara hilangkan jerawat dengan mudah namun perlu beli produk yang kadang – kadang lagi mahal dari membeli produk khas untuk jerawat. Contoh ada yang menyatakan gel aloe vera dapat hilangkan jerawat dengan cepat, tetapi harga gel aloe vera itu sendiri sudah lagi mahal dari harga membeli ubat jerawat berkesan yang bersaiz kecil.

Cara hilangkan jerawat cepat.

Kami akan kongsikan beberapa tips dan cara untuk hilangkan jerawat dengan cepat hanya dengan membeli produk khas untuk jerawat. Dengan hanya kos bawah Rm30 anda boleh hilangkan jerawat batu di pipi, muka atau di badan, juga jerawat pasir. Namun jika jerawat anda di tahap kronik anda perlu berjumpa dengan doktor untuk meneliti masalah anda dengan lebih detail.

Punca Jerawat

Masalah jerawat biasanya terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor tersebut adalah seperti berikut :

  • Punca jerawat terjadi tidak kira di muka atau di belakang ialah kerana sebum yang dihasilkan dari kelenjar sebum di kulit mengakibatkan pori tersumbat sekaligus menghasilkan jerawat.
  • Penjagaan kebersihan muka yang tidak sempurna juga boleh mengundang berlakunya pori tersumbat akibat kekotoran yang ada di udara.
  • Suka makan makanan yang berminyak juga boleh menjadi punca jerawat. Banyak mengambil makanan bergoreng mengakibatkan kulit muka menjadi berminyak dan seterusnya menjadikan pori pori muka senang tersumbat dan mudah timbul jerawat.
  • Selain itu, pengambilan makanan yang berasaskan kekacang juga boleh menyebabkan jerawat. Kandungan nutrient dalam kekacang akan menyebabkan muka berminyak seterusnya mendedahkan kepada jerawat.
  • Perubahan hormon dalam badan di kalangan remaja juga menjadi faktor penyumbang kepada muka berjerawat. Biasanya yang baru akil baligh. Perubahan hormon ini akan merangsang kelenjar sebum untuk menghasilkan minyak yang berlebihan. Akibatnya jerawat senang tumbuh.

Cara hilangkan jerawat cepat dengan kos rendah.

Berbalik kepada punca jerawat di atas, masalah muka berjerawat perlu dirawat dengan melihat kepada punca dan mencegah dari jerawat berulang. Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan punca jerawat terjadi.

Untuk hilangkan jerawat dengan cepat, gunakan krim khas untuk jerawat . Boleh guna produk mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid atau krim clindamycin samada tidact gel atau t3 mycin. Product yang mengandungi clindamycin merupakan ubat terkawal dan hanya boleh didapati di farmasi atau klinik. Untuk hilangkan jerawat biasa sebagai contoh jerawat batu pada muka dan tidak bernanah, boleh gunakan benzoyl peroxide. Sapu ubat benzoyl peroxide pada jerawat selepas cuci muka 2 kali sehari untuk kecutkan jerawat. Jika jerawat yang teruk, dinasihatkan berjumpa doktor atau dapatkan nasihat dari ahli farmasi berdekatan.

Sabun yang mengandungi sulfur pula terbukti secara klinikal berkesan untuk mengurangkan minyak pada muka atau badan. Pencuci muka cetaphil juga bagus untuk mencegah jerawat. Penjagaan yang sempurna perlu di amalkan untuk mencegah jerawat dari berulang.

Cara Cara Cegah Jerawat Berulang

Perkara terbaik untuk mencegah masalah jerawat ialah dengan cuba menghentikan masalah tersebut sebelum ia bermula.

Amalkan :

  • Cuci muka anda dua kali sehari dengan air suam menggunakan pembersih muka yang sesuai.
    Jika muka berjerawat, elakkan guna kain lap atau gosok muka dengan kasar untuk elakkan jerawat menjadi lebih teruk.
  • Basuh rambut anda dengan kerap.Rambut berminyak dengan penggunaan minyak rambut boleh mengundang jerawat menjadi lagi teruk.
  • Penjagaan kebersihan di tempat tidur juga perlu dijaga. Untuk elakkan jerawat berulang, lihat sama persekitaran tempat tidur agar sentiasa bersih terutamanya bantal yang digunakan.
  • Apabila membeli serum atau pelembap kulit muka, pastikan anda menggunakan produk yang bebas minyak dan ‘non-comedogenic’. Produk seperti tidak akan menyumbat liang-liang anda.

Benzac Ac

0.00
4.95

Harga berbaloi

5.0/5

Penghantaran cepat

5.0/5

Jerawat kecut seawal 1 hari

5.0/5