Cara Pengambilan Ubat Semasa Puasa – Panduan Untuk Pesakit Diabetes

Bulan Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Kepada pengguna ubat diabetes oral disaran membaca entri yang berguna dari seorang pegawai farmasi ini. Semoga bermanfaat.

PANDUAN UMUM PENGAMBILAN UBAT (ORAL) DIABETES KETIKA BERPUASA

Minggu lalu saya post bagaimana untuk mengambil ubat antihipertensi (ubat darah tinggi) ketika berpuasa sempena Ramadhan yang bakal tiba.

Ramai yang mohon untuk saya kongsikan pula bagaimana cara pengambilan ubat diabetes (kencing manis) ketika berpuasa.

Berikut adalah 2 jadual yang telah saya ringkaskan daripada penulisan asal sahabat saya saudari Zanariah Abu Bakar seorang Ahli Farmasi di Johor.

*****************************************

Bila tiba bulan Ramadhan, umat islam akan menjalankan ibadah berpuasa. Begitu juga dengan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes. Menghidap penyakit diabetes bukan alasan untuk seseorang pesakit itu tidak berpuasa. Namun, pesakit diabetes tidak diwajibkan berpuasa jika berpuasa boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan pesakit diabetes tetap mahu berpuasa walaupun pengecualian diberikan kepada mereka yang berkenaan.

Sebelum berpuasa, pesakit perlu dinilai keadaan kesihatan seacara keseluruhan, pengawalan paras gula, penyakit-penyakit kronik lain yang ada, dan komplikasi yang hadir untuk mengetahui risiko pesakit apabila berpuasa dan juga untuk mengoptimakan pengurusan rawatan penyakit. Pesakit harus mengetahui status penyakit mereka dan apa yang perlu dilakukan semasa berpuasa untuk memastikan ibadah berpuasa berjalan dengan lancar.

*****************************************

Pengubahsuaian cara pengambilan ubat diabetes (tablet) ketika bulan Ramadhan.

Pesakit perlu maklum terdapat sedikit perubahan berkaitan dos dan cara pengambilan ubat diabetes semasa bulan Ramadhan. Pesakit boleh mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi berkenaan perkara ini. Cara pengambilan ubat diabetes semasa berpuasa adalah seperti berikut:

Secara umum cara pengambilan ubat diabetes dalam bentuk dos oral (tablet) adalah seperti dalam jadual 1

*****************************************

Cadangan pengubahsuaian dos ubat diabetes (tablet) ketika bulan Ramadhan.

Dalam jadual 2 pula adalah cadangan ringkas pengubahsuaian dos ubat diabetes yang diambil secara oral (tablet) semasa bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun diingatkan bahawa adalah lebih baik berjumpa dengan doktor yang merawat untuk mendapatkan nasihat pengubahsuaian dos ubat diabetes kerana setiap pesakit, keperluan dos dan tahap penyakit adalah berbeza. Jadual yang disertakan ini hanyalah sebagai cadangan dan boleh berbincang dengan doktor yang merawat.

*****************************************

Siapakah golongan pesakit yang tidak digalakkan berpuasa

Pesakit diabetes perlu mengetahui status kesihatan mereka sebelum berpuasa. Berikut adalah golongan pesakit yang tidak digalakkan berpuasa:

a) Pesakit kencing manis jenis 1 dengan kawalan gula dalam darah yang tidak terkawal.
b) Mengalami hipoglisemia serius dalam masa 3 bulan terakhir atau selalu mengalami hipoglisemia
c) Mengalami diabetik ketoasidosis dalam 3 bulan terakhir
d) Pesakit yang hamil dan memerlukan insulin
e) Pesakit yang tidak tahu mengenali tanda-tanda hipoglisemia
f) Pesakit yang mengalami komplikasi kencing manis yang serius
g) Pesakit dengan paras gula darah tidak terkawal
h) Pesakit kencing manis yang menjalani dialisis.
i) Pesakit yang tua dan tinggal bersendirian

*****************************************

Kesimpulan

Secara umumnya, pesakit diabetes harus mengetahui risiko yang mungkin dialami sewaktu berpuasa. Jangan lupa bersahur dan dicadangkan lebih baik bersahur di penghujung waktu berdekatan waktu subuh dan segerakan berbuka.

Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum bulan Ramadhan untuk mengetahui risiko hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi, cara mengoptimakan rawatan, perubahan cara makan ubat atau dos insulin dan cara pemakanan yang betul

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rujukan.
1. Risalah Penjagaan Pesakit Diabetes Pada Bulan Ramadan-JKK Endokrin –Diabetes (Farmasi)
2. Risalah Pengurusan Diabetes Pada Bulan Ramadan (MEMS)
3. CPG Diabetes KKM

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BENARKAH KOPI BOLEH MENYEBABKAN KANSER

Tue Aug 28 , 2018
Dunia social media baru-baru ini heboh dengan isu bahawa minum kopi boleh menjadi punca kepada penyakit kanser. Ramai yang keliru dengan isu ini. Kopi yang menjadi kegemaran segelintir masyarkat dikaitkan dengan penyakit merbahaya di dunia. Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor yang merupakan Pakar Perunding Ginekologi Onkologi di Kementerian Kesihatan Malaysia […]