Cetrizine

Cetrizine digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti urticaria dan eczema, alahan hidung, resdung, batuk dan selsema. Cetrizine termasuk dalam kumpulan ubat anti histamine yang bertindak untuk mengurangkan bahan kimia histamin. Histamin merupakan bahan kimia yang menyebabkan simptom seperti bersin, gatal-gatal, mata berair dan hidung berair. Ubat cetrizine bertindak dengan menghalang tindakan histamin dalam badan seterusnya dapat mengurangkan simptom allergik seperti gatal-gatal, mata & hidung berair dan juga keradangan.

Maklumat penting tentang Cetrizine

Cetrizine boleh menyebabkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan pemikiran dan tindak balas. Anda dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti mengendalikan mesin ataupun memandu. Pengambilan minuman beralkohol juga boleh meningkatkan kesan sampingan ubat cetrizine. Anda perlu memberitahu doktor jika anda mengambil ubat lain yang boleh menyebabkan mengantuk seperti ubat ubat tidur. Sila maklumkan doktor anda jika simptom tidak berkurangan.

Sebelum mengambil ubat Cetrizine

Sepertimana ubat-ubat yang lain, anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda allergik/alahan kepadanya. Ubat ini dikategorikan dalam kumpulan B (kategori FDA untuk mengandung) bermaksud ianya tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor jika anda mengandung atau merancang untuk mengadung. Jangan gunakan ubat ini jika anda menyusukan anak kerana cetrizine boleh melalui susu dan membahayakan bayi anda. Beritahu doktor jika anda menyusu anak.

Cara Pengambilan

Ambil Cetirizine seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jangan mengambil dos yang lebih atau kurang daripada yang diarahkan oleh doktor anda. Anda boleh mengambil Cetirizine sebelum atau selepas makan. Anda boleh berhenti mengambil Cetirizine sebaik sahaja keadaan anda menjadi bertambah baik, kecuali jika doktor anda tidak mengarahkan anda supaya berbuat demikian.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan ubat Cetirizine boleh menyebabkan anda rasa pening atau mengantuk. Jika anda berasa pening atau mengantuk, jangan memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang memerlukan anda supaya sentiasa focus. Cetirizine juga boleh menyebabkan sakit kepala, masalah tidur, sakit perut, loya, mulut kering dan ruam.Beritahu doktor anda dengan segera jika simptom-simptom di atas menjadi teruk atau tidak hilang.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Cara Mengatasi Perut Buncit Dan Kepentingannya

Mon Sep 7 , 2015
Perut buncit yang juga dikenali sebagai obesiti sentral berpunca daripada pengumpulan 2 jenis lemak yang dikenali sebagai lemak bawah kulit (subcutaneous fat) & juga lemak visceral. Lemak subkutaneus terdapat di bawah kulit dan biasanya boleh dilihat serta dicubit. Lemak jenis ini tidak begitu bahaya jika dibandingkan dengan lemak visceral. Lemak […]

You May Like