Dettol Spray Disinfectant Cara Guna & Keberkesanannya

  • by

Virus influenza yang kini melanda negara kita telah menyebabkan kegusaran kepada pelbagai pihak. Stok vaksin juga habis di klinik swasta. Selain dari tu Dettol spray juga menjadi barang yang laku keras. Rakyat Malaysia sememangnya cakna. Cepat response & bertindak bila sesuatu wabak berlaku. Bercerita tentang dettol spray, mungkin ada yang salah faham tentang cara guna.

Pegawai farmasi ini jelaskan cara guna dettol spray dengan betul.

Saya kagum dengan tindakan pantas orang awam mencari Dettol Spray sebagai antara langkah mencegah virus Influenza dari terus merebak. Semuanya habis licin. In fact company Dettol sendiri sudah kehabisan stok mereka.
Terkilan juga melihat muka para pelanggan kami yang hampa bila dapat tahu kami sudah kehabisan stok.
.
Saya harap orang ramai tidak salah faham cara penggunaan Dettol Spray & keberkesanannya. Dettol Spray dicipta untuk memudahkan proses ‘disinfectant’ pada PERMUKAAN bukannya di UDARA. Terutama proses ‘disinfectant’ pada permukaan fabrik seperti langsir, sarung bantal, cadar, selimut & pakaian. Jadi semburkan ia pada permukaan seperti yang diarahkan (rujuk poster). Menyemburkan Dettol Spray ke udara seperti pewangi sebenarnya tidak begitu membantu. Dan janganlah beranggapan bahawa ia boleh membunuh virus Influenza berdasarkan label yang tertera ‘kills Flu Virus’ kerana ia hanya menyatakan secara umum saja dan tidak secara spesifik Virus Influenza jenis apa. Apa pun, inisiatif anda itu tetap dipuji.
.
Selain Dettol Spray, Dettol Multiaction Cleaner juga antara pilihan untuk proses ‘disinfectant’. Gunakan seperti arahan dan jangan pula berlebihan.
.
Yang penting, jangan lupa langkah-langkah utama berhadapan dengan virus Influenza ini seperti :
👉dapatkan rawatan dengan segera & asingkan diri jika menghidap Influenza.
👉sebaiknya dapatkan suntikan vaksin.
👉jaga kebersihan & kesihatan tubuh badan.
👉pakai face mask.
👉basuh tangan dengan bersih selepas sebarang aktiviti.
👉gunakan hand sanitizer.
👉minum air secukupnya dan makanlah makanan berkhasiat.
👉elak tempat tumpuan orang ramai buat masa ini.
.
Semoga info ini bermanafaat untuk semua.

Azlaini Muhamad
Ahli Farmasi
Farmasi Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *