7 Faktor Wajib Anda Pertimbangkan Semasa Pilih Glucometer

3 min read

Cek kencing manis atau kandungan gula di rumah kini semakin senang dengan adanya pelbagai jenama glucometer. Dengan lambakan jenama alat glucose monitor yang berada di pasaran pada hari ini memaksa pembeli untuk buat sedikit research sebelum beli glucometer.

Alat untuk periksa tahap gula dalam darah juga dikenali sebagai Glucometer kini boleh didapati dalam saiz yang kecil, keputusan lebih cepat dan mempunyai features tambahan yang lain.

Bacaan Alat Glucometer hari ini juga lebih tepat berbanding dengan alat-alat glucometer sebelum ni.

Pesakit yang mengalami kencing manis amat digalakkan untuk tahu tahap gula dalam darah dengan dengan cek sendiri tahap gula di rumah. Ini penting terutamanya kepada mereka yang guna ubat cucuk insulin. Kelebihan tahu bacaan gula sendiri:

  1. Kandungan gula yang terkawal dapat mencegah komplikasi ataupun kesan buruk akibat kencing manis.
  2. Bacaan gula ini boleh bantu kita untuk adjust diet pemakanan, senaman
  3. Boleh bantu kita untuk adjust pengambilan ubat kencing manis terutamanya insulin yang mana dapat membantu pesakit dapatkan bacaan gula yang lebih terkawal.

Pesakit yang disahkan menghidap kencing manis harus mempunyai alat glucometer sendiri supaya senang untuk periksa tahap gula sendiri di rumah.

Bagaimana Nak Pilih Alat Check Gula Kencing Manis / Glucometer?

Dalah pasaran hari ini terdapat banyak pilihan alat Glucometer yang anda boleh beli di Farmasi. Tetapi bagaimana untuk pilih alat Glucometer yang sesuai untuk anda atau ibu bapa anda?

7 Faktor yang wajib anda pertimbangkan semasa memilih alat Glucometer:

#1. Harga

Kalau tuan/puan nak beli glucometer, jangan hanya bandingkan harga dan mencari Alat Glucometer yang lebih murah. Ini kerana, ada alat Glucometer yang harganya lebih murah tetapi harga Test Strips lebih mahal. Ada Alat Glucometer yang mahal tetapi harga Test Strips nya lebih murah.

Jadi anda perlu kira harga Alat Glucometer dan harga Test Strips dan tentukan berapa kos setiap kali anda buat ujian nanti.

Harga Lancet (jarum) juga perlu diambil kira tetapi biasanya Lancet pada hari ini boleh guna jenis jarum yang sama.

#2. Berapa banyak darah yang diperlukan?

Kebanyakan Alat Glucometer hari ini hanya perlukan sedikit sampel darah berbanding dengan glucose monitor yang lama. Oleh itu ujian gula guna alat glucometer moden yang ada dalam pasaran hari ini kurang menyakitkan. Kepada mereka yang level tahan sakit rendah boleh beli alat glucometer yang perlukan sampel darah yang sikit & lancet kurang sakit.

#3. Jenama alat glucometer

Pastikan anda memilih jenama alat Glucometer yang mudah didapati di kebanyakan Farmasi. Bila alat anda mengalami masalah atau anda mahu dapatkan Test Strips tambahan nanti, anda boleh dapatkannya dengan mudah di mana-mana farmasi nanti.

#4. Ketepatan Bacaan Gula

Setiap Alat Glucometer telah diuji supaya bacaan keputusannya tidak jauh berbeza daripada bacaan gula yang diuji di dalam makmal. Beli dari sumber yang dipercayai & telah mendapat kelulusan dari Pihak berwajib.

#5. Kod Kalibrasi

Setiap kali anda menggunakan Test Strips yang baru, biasanya anda mesti memasukkan Kod Batch Test Strips tersebut secara manual/taip nombor kod ataupun hanya dengan memasukkan Calibration Strip yang dibekalkan.

Memasukkan kod kalibrasi yang silap boleh menyebabkan bacaan yang kurang tepat.

#6. Berapa cepat Glucometer dapat bacaan.

Berapa pantas alat Glucometer dapat memberikan keputusan kadang kala tidak terlalu mempengaruhi pemilihan kerana kebanyakan alat boleh berikan bacaan tidak sampai 1 minit. Tetapi jika anda gunakan alat ini banyak kali dalam masa sehari, anda boleh bandingkan glucometer mana yang beri bacaan lebih cepat.

#7. Mudah digunakan

Sebelum anda buat keputusan alat glucometer mana yang mahu dibeli, pastikan pengguna ataupun siapa yang mengambil bacaan sudah mencuba beberapa kali menggunakan alat ini di Farmasi.

Minta Ahli Farmasi tunjukkan anda bagaimana cara penggunaannya yang betul dan mudah. Tak guna beli alat Glucometer yang canggih dan mahal tetapi anda tidak tahu atau susah untuk gunakannya.

Selain daripada 7 faktor ini, ada beberapa faktor lain yang boleh diambil kira seperti fungsi memori tambahan, saiz yang lebih kecil atau besar, bilangan Test Strips dan Lancet yang diberikan percuma bersama alat dan beberapa faktor lain lagi.

Kredit : Artikel dariĀ  Farmasi Amal Medik Bandar Baru Pasir Pekan

Berapa harga Alat Glucometer ni?

Alat Glucometer ni boleh didapati dari harga RM80.00 hingga RM200.00 bergantung dengan jenama dan budget anda.

Klik sini untuk lihat jenama glucometer

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.