Famotidine

Famotidine ialah sejenis ubat gastrik yang digunakan untuk merawat keadaan yang disebabkan oleh asid yang berlebihan di dalam perut anda, seperti ulser dalam perut atau duodenum (bahagian atas usus kecil) dan penyakit refluks (juga dikenali sebagai “pedih ulu hati”, di mana terdapat aliran bertentangan makanan atau asid daripada perut ke dalam mulut anda yang meninggalkan rasa masam atau pahit). Ubat Famotidine boleh merawat gastik ini dengan mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut anda.

Cara Pengambilan Ubat Famotidine

Ubat Famotidine boleh di ambil samaada sebelum atau selepas makan. Ia juga boleh di ambil sebelum tidur.Ubat Famotidine perlu di ambil seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau ikut arahan pada label ubat. Jangan ambil dos yang lebih atau kurang daripada yang diarahkan oleh doktor anda.

Anda mungkin perlu mengambil Famotidine untuk suatu jangka masa tertentu sebelum kesannya dapat dirasai sepenuhnya.

Kesan-kesan sampingan Famotidine

Famotidine boleh menyebabkan anda pening. Jika anda berasa pening, jangan memandu atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang memerlukan anda supaya berjaga-jaga.

Kesan-kesan sampingan yang lain termasuklah: sakit kepala, sembelit dan cirit-birit. Keadaan ini biasanya bersifat sementara dan akan pulih apabila anda tidak lagi mengambil Famotidine.

Beritahu doktor jika mana-mana kesan sampingan tidak sembuh atau bertambah teruk atau jika anda mengalami kesan-kesan sampingan yang lain.

Cara Penyimpanan Ubat Famotidine

Simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.Ubat-ubatan tidak boleh digunakan selepas ia melepasi tarikh luput.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Gabapentin

Thu Sep 10 , 2015
Mengapakah saya perlu mengambil ubat ini? Gabapentin digunakan dengan sendiri atau bersama-sama dengan ubat-ubatan lain untuk merawat epilepsi (juga dikenali sebagai sawan atau fits). Ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan saraf pada pesakit diabetes atau kayap. Gabapentin juga boleh digunakan untuk melegakan rasa panas di kalangan wanita dengan kanser payudara […]

You May Like