Hydrochlorothiazide

Hydrochlorothiazide ialah ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia juga digunakan untuk merawat keadaan pengumpulan tidak normal bagi air di dalam ruang-antara dalam badan (edema) yang disebabkan oleh penyakit kegagalan jantung, hati atau buah pinggang. Pengumpulan air dalam badan boleh menyebabkan bengkak pada kaki, pergelangan kaki, bahagian kaki yang lebih rendah dan tangan atau sesak nafas. Atas sebab ini, ia biasanya dikenali sebagai “pil air”.

Hydrochlorothiazide juga boleh digunakan untuk merawat keadaan perubatan lain, seperti yang diputuskan oleh doktor anda.

Jenama Yang Terdapat Di Pasaran

Apo-Hydro, Dichlotride, Didralin, Hydrochlorothiazide DHA

Cara Pengambilan Ubat Hydrochlorothiazide

Ambil Hydrochlorothiazide selepas makan. Cubalah ambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari. Ubat ini boleh menyebabkan anda kerap membuang air kecil. Anda disarankan untuk mengambil ubat ini pada siang hari untuk mengelakkan anda daripada kerap terjaga pada waktu malam untuk pergi ke tandas.

Hydrochlorothiazide perlu diambil dengan berterusan supaya ia berkesan. Teruskan mengambil ubat ini walaupun keadaan anda bertambah baik. Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan dengan arahan dari doktor anda.

Kesan Sampingan Ubat Hydrochlorothiazide

Ubat Hydrochlorothiazide boleh menyebabkan anda berasa lemah dan pening. Jika anda mengalami kesan sampingan seperti ini, jangan memandu atau melakukan aktiviti yang memerlukan anda sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Jika anda baru pertama kali mengambil ubat ini anda mungkin akan merasa pening apabila bangun daripada keadaan duduk atau berbaring. Ini adalah perkara normal dan keadaan anda akan bertambah baik secara beransur-ansur apabila badan anda telah biasa dengan ubat ini. Keadaan ini juga dapat diringankan jika anda bangun dengan perlahan-lahan.

Anda mungkin perlu membuang air kecil dengan lebih kerap semasa anda sedang dirawat dengan Hydrochlorothiazide. Apabila badan anda telah sesuai dengan ubat ini, kesan pembuangan air kecil ini juga akan berkurangan.

Antara Kesan Sampigan Lain Ubat Hydrochlorotiazide ialah : loya, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, mulut kering, sakit kepala, kabur penglihatan yang bersifat sementara dan sensitif kepada cahaya matahari. Gunakan pelindung matahari apabila anda keluar dari rumah dan elakkan pendedahan langsung atau berpanjangan kepada cahaya matahari dan lampu UV.

Kesan-kesan sampingan berikut jarang berlaku, tetapi boleh menjadi serius. Beritahu doktor dengan segera jika anda mengalami:

  • rasa dahaga yang melampau
  • kejang otot
  • denyutan jantung cepat atau tidak teratur
  • sakit tekak yang kerap dan berterusan dengan demam atau pendarahan yang luar biasa atau lebam
  • ruam dengan kulit mengelupas atau lepuh

Beritahu doktor jika kesan-kesan sampingan tersebut tidak sembuh atau bertambah teruk, atau jika anda mengalami kesan sampingan yang lain.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ginkgo Biloba Untuk Apa? Kenali Khasiat Ginkgo Biloba & Jenama Terbaik Di Malaysia

Fri Nov 13 , 2015
Apa itu Ginkgo Biloba? Apa khasiat ginkgo? – Jom kenali dengan lebih detail lagi tentang kebaikan produk yang mengandungi ginkgo biloba. Apa itu Ginkgo Biloba? Ginkgo Biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok Ginkgo. Walaupun diancam kepupusan pada zaman ais, pokok Ginkgo bertahan dan masih ada di negara China. […]

You May Like