Hydrocyn Aqua Gel & Hydrocyn Spray

  • by
Hydrocyn Aqua Gel dan hydrocyn spray digunakan sebagai pencuci luka agen debridmen dan cecair pembersih bagi luka parah dan kronik seperti ulser peringkat I-IV, Venous Stasis dan ulser diabetis, luka selepas pembedahan, luka terbakar(1st – 2nd degree) serta bedsore.
Ianya juga boleh digunakan untuk melembapkan, dressing dan irrigate luka.Hydrocyn Aqua Gel dirumus sebagai pelembap dan memberi kesan anti-bakteria kepada kulit. Ianya perlu disapu setiap kali selepas luka dicuci untuk kesan yang optimum.

Hydrocyn Aqua Review

Hydocyn aqua dirumus khas sebagai air cuci luka bagi luka² kronik seperti luka pesakit kencing manis, luka selepas pembedahan, dan luka terbakar.

Kelebihan Hydrocyn Aqua Untuk Cuci Luka :

  • Mempunyai sifat antibakteria untuk mengurangkan bakteria pada luka yang dijangkiti.
  • Kandungan Asid Hypochlorus akan memasuki sel bakteria dan membunuh bakteria dari dalam.
  • Mempunyai pH neutral, iaitu tidak bersifat asid atau alkali.
  • Boleh mengurangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Bersifat tidak menghakis dan tidak akan memberi toksik kepada tisu.

Cara guna Hydrocyn Aqua

Hydrocyn aqua boleh terus digunakan ke atas luka. Perlu disapu setiap kali selepas luka dicuci untuk kesan yang lebih optimum.Hydrocyn dapat membantu mencuci luka² kronik (ulser tahap 1 hingga IV, Ulser Kencing Manis, Luka selepas pembedahan, luka akibat kebakaran tahap 1 & 2), mengurangkan bakteria, menghilangkan bau & menggalakkan penyembuhan luka secara semulajadi