Iberet Folic Acid 500 Tablet

Kaum hawa atau ibu hamil sudah pasti tahu apa itu iberet folic 500 tablet. Namun bagi bagi ibu yang pertama kali mengandung dan pertama dinasihatkan untuk makan vitamin tambah darah disarankan ambil tahu tentang cara apa itu iberet, cara makan, kesan sampingan dan di mana boleh beli.

Sedikit maklumat tentang iberet folic acid 500 tablet di bawah.

Iberet Folic 500 Untuk Apa?

IBERET FOLIC 500 adalah Film tablet “sustained release” yang mengandungi Zat Besi,Vitamin C, vitamin B complex dan Asid Folik.

KEGUNAAN:

  • Untuk rawatan anemia kekurangan zat besi dan kekurangan asid folik. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan ibu mengandung.

Kandungan Iberet Folic 500 :

  1. 525mg Ferrous Sulphate (105mg zat besi asas) untuk memenuhi keperluan zat besi
  2. 500mg Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi
  3. Vitamin B Kompleks boleh membantu tubuh anda menggunakan tenaga melalui metabolisma karbohidrat, protein dan lemak.
  4. 800mcg acid folik untuk membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf dan membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang normal & mencegah anemia

Kelebihan Iberet Folic 500

  • Teknologi gradumet untuk meningkatkan penyerapan zat besi dan mengurangkan ketidakselesaan pada perut
  • Bungkusan blister individu untuk pengendalian yang mudah & mencegah pengoksidaan.

Siapakah yang boleh Mengambil Iberet Folic 500?

Iberet Folic 500 Tablet digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan, & penambahbaikan penyakit, keadaan dan gejala berikut:

  1.  Semasa mengandung
  2. Anemia
  3. Jerawat
  4. Rawatan anemia pemakanan asal, kehamilan, bayi, atau
  5. Migrain
  6. Kekejangan otot
  7. Pengambilan makanan yang tidak mencukupi
  8. Kekurangan vitamin
  9.  Anemia disebabkan oleh kekurangan asid folik

Cara Makan Iberet Folic 500

Iberet folic acid 500 tablet boleh ditelan/diambil sebelum makan atau perut kosong. Dewasa dan wanita hamil yang perlu ambil iberet folic – dos yang dicadangkan adalah 1 biji sekali sehari atau bergantung pada nasihat doktor.

Jangan kunyah atau pecahkan tablet iberet folic.

Kredit : Farmasi Aisyah

Beli online iberet folic 500

Iberet folic

0.00
0

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Aveflon 500 Tablet Untuk Rawatan Buasir Luar dan Dalam

Sat Jan 4 , 2020
Buasir adalah penyakit yang lazim terjadi di semua peringkat tidak kira lelaki atau perempuan Pelbagai risiko dan punca yang boleh menjadi sebab terjadinya buasir. Rujuk punca punca buasir Aveflon 500 Tablet Kandungan : Micronized Purified Flavonoid Fraction 500mg-Diosmin 450mg; Hesperidin 50mg Aveflon Untuk Apa? Aveflon digunakan untuk merawat:- Simptom yang […]