Adakah Jangka Hayat Penggemar Kopi Lebih Lama?

  • by

Mengikut kajian yang di terbitkan pada Nov 16 (2015) dalam Circulation (Online Journal) seseorang penggemar kopi berkemungkinan mempunyai jangka hayat yang lebih lama berikutan penurunan risiko penyakit yang berkaitan dengan jantung (cardiovascular) dan penyakit saraf seperti Parkinson.

Kajian dilakukan oleh Frank Hu, MD, PhD, seorang professor dalam bidang nutrition and epidemiology bersama team di Harvard School of Public Health in Boston. Berdasarkan penemuan mereka di US dalam kajian yang melibatkan 208,501 yang meliputi doktor, nurse & lain-lain profesion dalam kesihatan selama lebih kurang 3 dekad.Dalam masa kajian 31,956 participant telah meninggal.

Individu bukan perokok yang meminum kopi 3-5 cawan sehari didapati mengurangkan risiko kematian dari sebarang sebabĀ  sebanyak 15% berbanding nondrinkers. Secara spesifik, kadar kematian penggemar kopi adalah rendah dari segi kematian yang disebabkan oleh penyakit cardiovaskular, strok, saraf & bunuh diri.

Kajian dikuatkan lagi dengan pengkaji membuat perbandingan hanya kepada bukan perokok. Mereka yang minum kopi 3-5 cawan sehari adalah 15% kurang kebarangkalian meninggal semasa dalam proses kajian berbanding dengan orang dewasa yang tidak meminum kopi.

Kajian Asal