Kebaikan Vitamin C Untuk Kanak Kanak

  • by

Vitamin C sangat popular jika dibandingkan dengan vitamin vitamin yang lain. Juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar di dalam badan. Lebihan vitamin C akan disingkirkan dari badan melalui air kencing.

Kebaikan Vitamin C Untuk Kanak Kanak

Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c tetapi perlu mendapatkan vitamin jenis ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral. Berikut adalah kebaikan vitamin C untuk kanak kanak.

Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan mengelakkan jangkitan. Ia juga membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang dan tisu serta menguatkan saluran darah kanak-kanak dan mengurangkan risiko lebam sekiranya terjatuh.

Di samping itu, Vitamin C membantu mempercepatkan proses pemulihan luka & membantu gusi agar kekal sihat. Pengambilan vitamin C yang betul boleh  membantu badan menyerap zat dari sumber makanan.

Contoh Nama Produk vitamin C untuk kanak kanak

  • Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 Tablet
  • Chewies Vitamin C 100mg – Orange
  • Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets
  • Citrex Vitamin C for Kids (Orange)

Sukatan diambil 2 kali sehari, sebelum atau selepas makan.
📌Umur 1-3 tahun : 1-2 tablet
📌Umur 4-8 tahun : 1-3 tablet
📌Umur 9-12 tahun: 1-5 tablet
Atau mengikut arahan doktor.

Jumlah Vitamin C yang diperlukan untuk kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa. Menurut Pengambilan Disyorkan Harian di laman web Baylor College of Medicine, kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun memerlukan 15 mg Vitamin C sehari. Kanak-kanak antara empat dan lapan memerlukan 25 mg sehari dan kanak-kanak berumur antara 9 dan 13 tahun memerlukan 45 mg sehari.

Kekurangan vitamin C di kalangan kanak kanak boleh menyebabkan :
➡️ Boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
➡️ Penyembuhan luka yang lemah sering berlaku.
➡️ Sistem imun yang lemah yang boleh mengakibatkan selesema dan jangkitan yang lain.
➡️ Anak-anak mungkin menjadi mudah lelah.