Kenali Kutu Rambut Serta Shampoo Kutu Yang Berkesan

Kenali Kutu Rambut Serta Shampoo Kutu Yang Berkesan

Kutu kepala merupakan masalah yang sering terjadi pada kanak-kanak. Namun, kutu kepala boleh berjangkit pada semua. Tidak kira rambut bersih atau kotor. Kutu kepala juga boleh didapati diseluruh dunia di semua tempat seperti di rumah atau sekolah. Ia juga tidak ambil kira bersih atau kotor sesuatu tempat, kaya atau miskin seseorang itu.

Biarpun kutu kepala boleh menganggu, ianya tidak menyebabkan penyakit yang serius kepada mangsa. Kutu kepala pada rambut anak anda biasanya boleh dihilangkan di rumah menggunakan shampoo ubat kutu yang boleh dibeli di farmasi berdekatan dengan anda.

Berikut sedikit maklumat berguna buat ibu bapa untuk kenal, rawat & cegah kutu kepala dari merebak.

Apa itu kutu kepala?

Kutu kepala ialah sejenis pepijat kecil bersaiz lebih kurang (2–3 mm panjang). Badan mereka biasanya pucat dan kelabu, tetapi warna mereka mungkin berbeza-beza.

Kutu kepala menjadikan darah pada kulit kepala sebagai makanan. Mereka mampu untuk hidup selama 1- 2 hari tanpa menghisap darah.

Apakah tanda jangkitan kutu kepala?

1) Simptom kegatalan bergantung kepada sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu.

Kadangkala ia mengambil masa 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul, manakala ada juga yang tidak merasa gatal langsung.

2) Bagi mereka yang tidak merasa gatal, bintik-bintik putih pada rambut, iaitu telur kutu, menjadi simptom.

Apakah cara hilangkan kutu kepala?

1. Gunakan sikat kutu khas seperti sikat kutu besi. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut. Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat.

2. Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala. Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk. Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Apakah ubat kutu kepala yang berkesan ada di Malaysia?

Berikut merupakan senarai beberapa ubat kutu kepala yang terdapat di Malaysia pada hari artikel ini disiarkan.

1. Lyclear Natural Herbal Shampoo 40ml – Vitamode Lyclear merupakan shampoo kutu berasaskan natural yang bertindak mengawal kutu kepala dari merebak. Shampoo kutu ini juga mencegah telur kutu dari menetas dengan merencat kitaran hidup kutu seterusnya menghalang kutu dari merebak.

Merupakan formulasi yang bertindak untuk membunuh kutu kepala & mengawal telur kutu dari membiak menjadi kutu.

Anda boleh beli secara online Lyclear Natural Herbal Shampoo 40ml

2. Ubat kutu nitclear – Keberkesanan ubat kutu kepala ialah bila ia dapat menghilangkan kutu dengan telurnya serta mencegah kutu dari merebak atau datang balik.

Keberkesan ubat kutu NItclear telah disahkan dengan ujian yang dijalankan ke atas kutu serta telurnya.

Anda boleh beli secara online Ubat kutu nitclear

3. Alices anti-kutu – Mengandungi Malathion 1%, ubat kutu alices digunakan untuk menghilangkan kutu kepala serta telurnya. Boleh digunakan oleh oleh orang dewasa serta kanak-kanak. Sila maklumkan jika anda mengandung atau menyusu.

Anda boleh beli secara online Alices anti-kutu

4. Ubat kutu HS Hair & Scalp Solution

Kandungan :Dimethicone. Ianya mudah untuk digunakan. 2 Langkah seperti di bawah:

Step 1: Cuci rambut menggunakan Dimethicone gel
Step 2: Bilas menggunakan shampoo yang dibebalkan.

Anda boleh beli secara online Ubat kutu HS

Tips untuk hilangkan kutu kepala anak

  • Anda boleh basuh pakaian anak-anak, tuala, topi, cadar & selimut menggunakan air panas. Anda tidak perlu buang barang-barang tersebut. Barang yang tidak boleh dibasuh boleh gunakan cara “dry clean” atau ikat dalam beg plastik selama 2 minggu untuk hilangkan kutu yang masih ada
  • Jangan sembur racun serangga di rumah anda. Ini boleh mendedahkan keluarga anda pada bahan kimi merbahaya.
  • Semua ahli keluarga perlu dirawat jika perlu

Ubat kutu di atas ada jual di farmasi  seluruh Malaysia :

Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju, Kepong, Segambut, Bandar Tun Razak, Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Mont Kiara, Puchong, Bandar Sunway, TTDI, Seri Kembangan, Klang, Bukit Tinggi, Damansara, Sentul, Penang, George Town, Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Bandar Baru Air Itam, Sungai Ara, Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Johor Bahru, Skudai, Bukit Indah, Gelang Patah, Senai, Pasir Gudang, Taman Daya, Taman Molek, Taman Perling, Tebrau, Danga Bay, Larkin, Nusajaya, Pontian, Masai, Setia Tropika, Desaru, Tampoi

 

Leave a Comment