Kenapa Tak Boleh Makan Lewat Malam – Dr Azima

Kenapa makan lewat malam tidak baik?

Doktor ini terangkan kenapa tidak boleh makan lewat malam. Ikuti kesan makan lewat malam kepada badan kita dan mengapa tabiat makan lewat malam harus diubah.

Keburukan makan lewat malam.

1# Menyukarkan proses pengurangan berat badan

  • Makan lewat malam akan menggalakkan kepada penambahan berat badan.
  • Terdapat penyelidikan membuktikan bahawa makan lewat boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan.
  • Ini kerana kalori yang diambil pada lewat malam lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

2# Memburukkan kesihatan metabolisme

  • Jika anda seorang individu yang tidak kisah tentang kenaikan berat badan, berikut mungkin sesuatu yang dapat menghalang anda dari menghampiri peti sejuk ketika lewat malam.
  • Kajian menunjukkan bahawa makan lewat malam dikaitkan dengan penurunan penggunaan tenaga rehat dan mengurangkan toleransi glukosa.
  • Dalam bahasa mudah, makan lewat malam akan memudaratkan kesihatan metabolisme anda.
  • Secara tidak langsung akan meningkatkan risiko anda terhadap ketahanan insulin, pra-diabetes, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

3# Mempengaruhi konsentrasi

  • Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita.
  • Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda.
  • Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.
  • Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian (brain clock) dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.

4# Kualiti tidur

  • Makan lewat malam boleh membuatkan anda tidak tidur dan akan memberi kesan negatif kepada kualiti tidur.
  • Terdapat penyelidik menyatakan ini boleh berlaku kerana pola makan secara langsung memberi kesan negatif pada pola tidur dan mimpi.
  • Antara makanan yang harus dielakkan adalah makanan tenusu dan makanan pedas.

5# Tingkatkan risiko Asid Refluks

  • Makan sebelum tidur boleh meningkatkan risiko untuk asid refluks waktu malam.
  • Apabila perut anda sedang bergelut untuk mencerna makanan semasa anda berbaring di tempat tidur, tekanan metabolisme makanan boleh menyebabkan LES (Lower Esophageal Sphincter) menjadi longgar, yang menyebabkan makanan dan asid perut yang tidak tercerna bergerak kembali ke esofagus.
  • Jika anda mengalami refluks, sebaiknya buat jarak masa 2 jam antara makan dan tidur untuk mengelakkan refluks waktu malam.

6 # Gangguan pemakanan

  • Jika anda mendapati diri anda memiliki keinginan untuk snek pada lewat malam, malam demi malam, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih serius.
  • Seandainya anda mempunyai keinginan untuk makan lewat malam walaupun tidak berasa lapar, anda mungkin menghadapi masalah NES (Night Eating Syndrome).

7# Pagi yang lapar

Makan lewat malam boleh membuatkan anda berasa lebih lapar apabila anda bangun pada keesokan harinya.

Ini disebabkan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas selepas makan. Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak glukosa yang terhasil dan mencetuskan hormon yang dipanggil ‘ghrelin’ yang berfungsi menyebabkan kelaparan.

Bagaimana menghentikan tabiat ini?

Kredit : Dr Azima

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tanda Tanda Kurang Darah (Anemia)

Fri Feb 7 , 2020
Dalam masyarakat kita anemia dikenal dengan istilah kurang darah. Kurang darah (anemia) ini berbeza dengan darah rendah. Darah rendah merupakan rendahnya tekanan darah sedangkan anemia adalah kurangnya sel darah merah atau hemoglobin. Anemia merupakan kekurangan sel darah merah yang cukup sihat untuk membawa oksigen yang memadai ke jaringan tubuh. Apakah […]