Ketoconazole Tab Untuk Indikasi Yang Tidak Diluluskan Boleh Membawa Maut

Food & Drug Administration (FDA) telah memberi amaran kepada pengamal perubatan tentang bahaya penggunaan tablet ketoconazole jangkitan kulat pada kulit atau kuku.

Pelabelan indikasi ubat ketoconazole untuk rawatan jangkitan kulat pada kulit atau kuku telah dibuang dari senarai indikasi ubat tersebut pada tahun 2013. Teradapat satu aduan kematian yang melibatkan penggunaan ketoconazole tablet kepada FDA di US disebabkan oleh kegagalan fungsi hati.

FDA telah menegaskan pengamal perubatan hanya menggunakan tablet ketoconazole untuk merawat jangkitan kulat (fungal) yang serius sahaja di mana tiada lagi anti-fungal yang berkesan selainnya. Risiko penggunaan tablet ketoconazole untuk merawat jangkitan kulat dan kuku adalah lebih tinggi dari kebaikan dan pengamal perubatan perlu menggunakan alternatif lain.

Indikasi terbaru untuk ubat tablet ketoconazole adalah “susceptible systemic fungal infections (blastomycosis, coccidioidomycosis, histoplasmosis, chromomycosis, paracoccidioidomycosis) in those who have failed or are intolerant to other therapies”.

Penggunaan topikal (luaran) seperti krim atau shampoo bagaimanapun tidak menyebabkan masalah hati (liver), adrenal ataupun interaksi ubat.

Untuk maklumat lanjut : FDAgov