Khasiat Peria Katak Yang Jarang Orang Tahu

Artikel ini dipetik dari facebook Jabatan Pertanian Malaysia yang bertarikh 8 oktober  tentang khasiat dan kebaikan peria katak yang sudah sekian lama diamalkan dalam makanan orang dulu-dulu.

PERIA KATAK – pahit dan berkhasiat tidak seperti namanya…
(idris bald)

Peria katak atau dikenali dengan nama bitter gourd dalam bahasa Inggeris merupakan pokok menjalar dari famili Cucurbitaceae yang ditanam sebagai sayuran jenis buah. Tanaman yang nama saintifiknya Momordica charantia dikatakan berasal dari kawasan tropika dan kini banyak ditanam di kawasan Asia Selatan, Asia tenggara, China dan juga Caribbean.

Selain ditanam sebagai sayuran, peria katak yang rasanya sangat pahit dikategori sebagai pokok herba menjalar berbatang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Pokok ini mempunayai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang ke kawasan sekeliling. Daunnya berselang seli dengan kelebaran 4 – 12 cm.

Pokok peria katak mengeluarkan bunga berwarna kuning dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buah peria katak mengerutu berwarna hijau muda dan akan bertukar menjadi kuning apabila matang. Namun buahnya dipetik untuk makanan ketika muda tetapi ada sesetengah orang memakannya apabila buahnya telah masak dan berwarna kekuningan.

Kebiasaannya peria katak jarang dimasak bersama sayur-sayuran lain kerana rasanya yang pahit. Walaubagaimana pun mengikut petua, untuk menghilangkan rasa pahitnya, peria katak yang telah dipotong direndam dalam air garam sebelum dimasak. Selain buahnya, tunas dan daun muda peria katak juga boleh dijadikan sayur

Masyarakat Cina mengemari peria katak dalam masakan mereka kerana kepahitannya. Biasanya buah digoreng dengan daging cincang atau dimasak sup dan juga dijadikan sebagai teh. Manakala masyarakat India dan Pakistan, peria katak dibuat chip atau disebut karela chip. Selain dari itu, peria juga digunakan sebagai kuah sambar bagi masyarakat India selatan atau disumbat dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng.

Khasiat Peria Katak

Dalam perubatan tradisional, peria katak dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan. Ianya dikatakan berpotensi untuk merawat jangkitan HIV, manakala dalam perubatan Ayurveda India, peria katak sering digunakan sebagai sejenis insulin tumbuhan dan sangat disyorkan untuk merawat pesakit kencing manis dan mengawal kandungan gula dalam darah.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan dianggap sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria bagi orang-orang Asia, Panama dan Columbia. Hasil kajian perubatan di England telah menemukan nilai saintifik tanaman ini iaitu penemuan hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Oleh itu kaedah yang mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir.

KAPSUL PERIA KATAK

Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia.

Kapsul Peria Katak

0.00
5

Produk skor

5.0/5

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Iberet Folic Acid 500 Tablet

Sat Dec 21 , 2019
Kaum hawa atau ibu hamil sudah pasti tahu apa itu iberet folic 500 tablet. Namun bagi bagi ibu yang pertama kali mengandung dan pertama dinasihatkan untuk makan vitamin tambah darah disarankan ambil tahu tentang cara apa itu iberet, cara makan, kesan sampingan dan di mana boleh beli. Sedikit maklumat tentang […]