Kolesterol Tinggi: Punca, Tanda, dan Pencegahan


Kolesterol tinggi merupakan salah satu penyakit yang seringkali dihadapi oleh masyarakat. Mereka yang berisiko seperti yang berlebihan berat badan, sejarah keluarga yang sudah menghidap penyakit kolesterol tinggi dan penyakit kronik lain seperti darah tinggi dan diabetes kebiasaannya cenderung untuk mendapat penyakit kolesterol tinggi.

Kebiasaannya orang ramai memanggil penyakit ini sebagai kolesterol tinggi. Tetapi doktor memanggilnya sebagai hypercholesterolemia. Masalah ini boleh dirawat. Namun begitu, gaya hidup individu tersebut perlulah diubah supaya kolesterol boleh dirawat dan kembali ke paras normal.

Tujuan sesuatu rawatan ataupun perubahan cara hidup itu untuk mengurangkan kolesterol yang akan membahayakan badan. Apabila rawatan diambil dan cara hidup diubah, risiko untuk terkena serangan jantung dan juga angin ahmar akan berkurang.

Punca Kolesterol Tinggi

Apakah itu kolesterol sebenarnya? Kolesterol merupakan salah satu jenis lemak yang dihasilkan dalam badan. Ia juga boleh berasal daripada makanan yang kita makan. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL dan HDL. LDL adalah kolesterol yang “jahat” manakala HDL adalah kolesterol yang “baik”

Kebanyakan peningkatan kolesterol di dalam badan kita diperolehi daripada gula, lemak tepu, dan juga lemak trans yang diambil melalui makanan seharian kita.

Makanan Yang Tinggi Kolesterol

Antara makanan yang perlu anda kurangkan untuk mengelakkan kolesterol jahat (LDL) meningkat di dalam badan adalah:

  • Gula dan makanan manis
  • Ais krim
  • Majerin
  • Butter
  • Pastri
  • Daging merah

Gula itu sendiri sebenarnya tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila gula memasuki badan kita, gula akan melalui proses metabolisma dan akan menghasilkan produk iaitu Acetyl Coa. Acetyl CoA digunakan untuk menghasilkan tenaga. Sekiranya ia tidak diguna oleh badan ianya akan ditukarkan sama ada menjadi lemak ataupun kolesterol.

Pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol dalam badan jika ia tidak digunakan.

Punca utama masalah kolesterol ini adalah pemakanan dan juga gaya hidup. Sekiranya anda sentiasa mengambil makanan yang akan meningkatkan kolesterol dalam badan, serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan tidak bersenam, maka kolesterol di dalam badan akan meningkat.

Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah pesakit yang mengalami kolesterol tinggi disebabkan keturunan/ahli keluarga yang mempunyai penyakit kolesterol tinggi. Di dalam pesakit ini, terdapat genetik yang meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan dengan sendirinya

Lemak Trans vs Lemak Tepu

Lemak trans akan memberi kesan buruk kepada badan kita. Lemak trans berasal daripada lemak tumbuhan iaitu lemak tidak tepu. Sebelum diproses, lemak tidak tepu ini dalam keadaan cecair seperti minyak. Tetapi sesetengah daripada lemak tersebut akan berubah menjadi lemak tepu dan yang selebihnya menjadi lemak trans. Lemak trans ini selalunya berada dalam keadaan pepejal. Lemak ini akan meningkatkan kolesterol dalam badan dan juga meningkatkan risiko untuk terkena sakit jantung dan angin ahmar. Marjerin merupakan lemak trans yang kesan buruknya lebih teruk daripada pengambilan lemak tepu seperti butter. Keadaan seseorang itu akan bertambah teruk sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Lemak trans biasanya terdapat dalam makanan segera atau makanan yang telah diproses untuk mengekalkan kesegaran produk makanan tersebut supaya berada di pasaran bagi tempoh yang lebih lama.

Simptom dan Tanda Tanda Kolesterol Tinggi

Pada mulanya, kebanyakan pesakit yang mengalami masalah kolesterol yang tinggi tidak menyedari dan mengetahui masalah mereka itu. Kebiasaannya kolesterol yang tinggi tidak menghasilkan dan menunjukkan simptom kepada pesakit. Perkara ini tidak akan disedari sehingga lah pesakit terkena serangan jantung, angin ahmar ataupun tekanan darah tinggi.

Faktor risiko yang akan meningkatkan serangan sakit jantung

Sekiranya pesakit mengalami masalah yang berikut, maka amat dinasihatkan untuk mengurangkan kolesterol kerana ia boleh menyebabkan serangan jantung dan juga angin ahmar. Faktor risiko tersebut adalah:

1. Umur: Melebihi 45 tahun bagi lelaki dan 55 tahun bagi wanita
2. Sejarah keluarga yang menunjukkan pernah berlakunya serangan sakit jantung(Untuk golongan lelaki, serangan sakit jantung kurang daripada 55 tahun. Untuk wanita, serangan sakit jantung pada umur kurang daripada 65 tahun)
3. Merokok
4. Mempunyai tekanan darah tinggi(lebih daripada 140/90)
5. Kencing manis

Perubahan gaya hidup

Perubahan gaya hidup adalah merujuk kepada perubahan dalam pemakanan, pengurangan berat badan, aktiviti fizikal yang berkala, berhenti merokok dan mengurangkan atau memberhentikan pengambilan alkohol.

Untuk pesakit yang tidak mempunyai faktor risiko, rawatan kolesterol tinggi akan ditumpukan pada rawatan perubahan gaya hidup

1. Perubahan dalam pemakanan

Disebabkan lemak trans dan juga lemak tepu boleh menyebabkan kolesterol jahat menjadi tinggi, pesakit dinasihatkan untuk mengurangkan makanan jenis ini.

Makanan tersebut ada disenaraikan dalam bahagian punca kolesterol di atas.

Pesakit juga perlu mengurangkan pengambilan gula kerana ia juga boleh meningkatkan bacaan kolesterol.

Pengambilan sayur dalam kuantiti yang lebih berbanding makanan lain amat digalakkan buat pesakit yang mengalami masalah kolesterol tinggi berbanding dengan makanan yang mengalami karbohidrat atau lemak.

2. Mengurangkan berat badan

Perkara ini penting bagi pesakit yang mengalami berat badan yang berlebihan. Kajian menunjukkan mereka yang mengurangkan berat badan akan mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik(HDL).

3. Melakukan aktiviti fizikal secara berkala

Peningkatan aktiviti fizikal dan pengurangan berat badan akan menambahkan lagi kesan pengurangan kolesterol jahat dalam badan. Ia juga akan menyebabkan tekanan darah menjadi normal, kawalan gula lebih elok dan kolesterol jahat menjadi rendah. Senaman perlulah dilakukaan secara berkala iaitu 3 kali dalam seminggu

4. Berhenti merokok dan alkohol

Merokok merupakan salah satu faktor risiko yang kuat untuk menyebabkan seseorang itu terkena sakit jantung ataupun serangan strok. Mengurangkan pengambilan alkohol juga mampu mengurangkan bacaan kolesterol jahat dalam darah

Mesin Check Kolesterol

0.00
5

Produk skor

5.0/5

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penyakit Batu Karang : Punca Dan Tanda Tanda Yang Perlu Tahu

Tue Nov 26 , 2019
Apakah Punca & Tanda Tanda Penyakit Batu Karang? Artikel di bawah adalah berkenaan punca dan tanda tanda yang sering terjadi jika seseorang itu mengidap penyakit batu karang. Air kencing terbentuk di dalam buah pinggang dan mengalir melalui saluran yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli […]