Madu Asli – Dr Pakar Ini Dedah Cara Kenal Madu Yang Asli

Apa beza madu asli dan tiruan? Terdapat pelbagai teknik untuk bezakan madu asli atau tiruan. Kebanyakan kajian yang dijalankan di Malaysia, Indonesia dan USA, 80% madu yang terdapat di pasaran adalah madu tiruan.

Jangan mudah terpedaya dengan penjual yang mengatakan madu yang mereka jual adalah madu asli. Ada di antara peniaga yang campurkan air sebelum dibotolkan. Jadi bagaimana nak kenal madu yang asli? Ikuti penerangan dr pakar ini.

BAGAIMANA MENGENAL MADU ASLI

Terdapat lebih daripada 300 jenis madu di dunia. Kualiti madu berbeza-beza mengikut jenis bunga, iklim,geografi dan juga bagaimana ianya diproses serta disimpan. Bahan paling banyak di dalam madu adalah gula, manakala air hanya merangkumi 18% sahaja. Inilah yang menyebabkan wujudnya ciri-ciri madu asli yang pekat.

* Madu asli mempunyai banyak khasiat kesihatan sebab mengandungi vitamin, mineral, gula, asid organik, fitonutrin, asid amino dll.

* Madu asli yang terbaik adalah madu yang tidak diproses, tidak dipanaskan dan diperolehi daripada kawasan yang tidak tercemar. Madu asli boleh menjadi kurang berkhasiat jika diproses dan disimpan dengan cara yang tidak betul.

* Lebih 70% madu yang dijual di pasaran Amerika BUKAN madu asli

* Madu tiruan adalah madu yang telah dicampurkan dengan lain-lain bahan seperti sirap, gula, kanji dan lain-lain.

* Kaedah paling tepat untuk mengukur ketulinan madu adalah melalui ujian makmal menggunakan alat bernama HPLC MS MS** (ketepatan 98%).

** High Performance Liquid Chromatography Mass Spectrometry

BEBERAPA KAEDAH (KURANG TEPAT) UNTUK MENGENAL MADU ASLI YANG BOLEH DILAKUKAN DI RUMAH:

1. Madu asli mempunyai bau (mengikut jenis bunga yang menghasilkannya) dan tekstur yang unik (lembut)

2. Apabila menelan madu asli terasa kepanasan pada tekak.

3. Disebabkan oleh kandungan airnya sedikit tetapi gulanya tinggi, madu asli adalah pekat dan tidak menitis bila dituang, sebaliknya membentuk aliran yang tidak putus.

4. Madu tiruan mengandungi lebih air dan boleh membeku (frozen) apabila disimpan pada suhu tahap beku, berbanding dengan madu asli, kandungan air juga membuatkan madu tiruan berbuih.

5. Madu asli boleh menjadi berkristal (crystallization) disebabkan oleh kandungan gula (fruktos dan glukos) yang tinggi apabila dipanaskan.

6. Semut tidak suka kepada madu asli sebab bau dan juga kepekatan madu asli yang membuat semut melekat padanya. Apabila madu menerima kelembapan dan kandungan air meningkat, kepekatannya menurun dan pada masa itu semut mula menghurung.

7. Ujian air (“water test”) dapat mengesan kandungan air yang tinggi di dalam madu tiruan. Penuhkan air di dalam gelas, tambah satu sudu madu ke dalam gelas, madu tiruan akan larut di dalam air dan kelihatan di sekeliling gelas. Madu asli akan mendap ke dasar gelas.

8. Ujian api. Tidak ramai yang mengetahui bahawa madu asli boleh menyalakan api. Ambil hujung mancis dan celupkan di dalam madu, letakkan pada api, madu asli akan terbakar sedangkan madu tiruan tidak terbakar.

Banyak lagi petua dan ujian-ujian menguji ketulinan madu tetapi tidak ada satupun yang mempunyai ketepatan yang tinggi.
Madu yang dicampurkan dengan sarang lebah BUKAN jaminan ketulinan, itu adalah strategi perniagaan.

Kredit : DDr Rushdan Noor

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kenapa Tak Boleh Makan Lewat Malam - Dr Azima

Fri Feb 7 , 2020
Kenapa makan lewat malam tidak baik? Doktor ini terangkan kenapa tidak boleh makan lewat malam. Ikuti kesan makan lewat malam kepada badan kita dan mengapa tabiat makan lewat malam harus diubah. Keburukan makan lewat malam. 1# Menyukarkan proses pengurangan berat badan Makan lewat malam akan menggalakkan kepada penambahan berat badan. […]