Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis

2 min read

ADAKAH ANDA PESAKIT KENCING MANIS / DIABETES?

Siapa kat sini yang menghidap penyakit diabetes? Betapa susahnya hidup bila kita nak makan pun nak kena jaga, tak boleh sebarangan, kalau tak nanti boleh menjejaskan paras gula dalam darah. Kadangkala terlalu mengawal sangat boleh pengsan sebab paras gula turun mendadak. Jadi apa nak makan kalau jadi pesakit diabetes ni? Kami nak share sedikit info tentang makanan untuk pesakit kencing manis.

Seeloknya, kita semua perlu kawal pemakanan walaupun anda bukan pesakit diabetes. Bezanya, kalau untuk pesakit diabetes ini pemakanan harian mereka perlu lebih berdisiplin dan teratur.

Penjagaan makanan bagi pesakit diabetes terbahagi kepada 3 bahagian; makanan yang perlu dielakkan, makanan bebas dimakan & makanan yang perlu disukat.

1. Makanan Yang Perlu Dielakkan Pesakit Kencing Manis
Semua jenis makanan / minuman manis dan mengandungi gula yang tinggi seperti semua jenis gula, kuih muih, biskut manis, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, kordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman alkohol.

Tak perlu risau, 99% daripada senarai di atas semua pun makanan tidak sihat. Jangan nak curi-curi makan ya, tak berfaedah pun.

2. Makanan yang Boleh Dimakan oleh Pesakit Kencing Manis
Banyak yang bebas dimakan! Semua jenis sayuran kecuali ubi, sawi, kangkung, bayam, kobis, buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan segala jenis sayur yang lain.

Semua cecair & minuman tanpa gula – sup air, air kosong, teh & kopi-o tanpa gula, teh cina, air limau, air barli tanpa gula.

Perasa & perencah – cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan lain-lain.

Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak & kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala & perut. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut & organ dalaman.

3. Makanan Yang Perlu Disukat
Susu dan hasil tenusu, bijirin dan produk berasaskan bijirin, kacang-kacang dan buah-buahan (terutama yang tinggi kandungan gula).

Makanan tambahan yang boleh membantu – Disebabkan rutin harian kita yang kadangkala buat kita terlupa tentang penjagaan pemakanan, supplement atau makanan tambahan juga perlu. Anda boleh cuba ‘DIAGARD’ tablets., diperkaya dengan herba semulajadi yang membantu melancarkan fungsi buah pinggang anda kepada tubuh badan. Yang pasti, bebas daripada bahan kimia!

Tak susah pun kalau nak jaga pemakanan ni, cuma anda perlu tingkatkan disiplin diri. Lagi pun ini untuk kebaikan diri sendiri, bukan orang lain pun, betul tak?

Dapatkan Diagard tablets hari ini di butik Boot.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.