5 Khasiat dan Kebaikan Evening Primrose Oil

  • by

Evening Primrose Oil (EPO) merupakan extrak dari tumbuhan semulajadi yang kaya dengan Gamma-Linolenic Acid (GLA), suatu asid lemak yg penting untuk badan kita. GLA boleh dimetabolismakan dalam badan kita dan ia penting untuk fungsi-fungsi sel yg normal.

Pokok evening primrose boleh didapati di Amerika Utara dan Selatan. Ia juga tumbuh di seluruh Eropah dan sebahagian Asia. Ia mempunyai bunga kuning yang terbuka ketika matahari terbenam dan tertutup pada siang hari. Minyak dari biji Evening primrose popular digunakan untuk membuat ubat.

6 Kebaikan Evening Primrose Oil :

  1. Membantu mengawal atur kitaran haid
  2. Melegakan simptom-simptom fizikal dan psikologikal sindrom prahaid seperti sakit pada payudara akibat perubahan hormon semasa haid, serta simptom menopaus serta kekejangan otot.
  3. Memperbaiki rambut yg kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yg gatal
  4. Menguatkan kuku yg mengelupas atau mudah patah
  5. Melegakan ekzema (keadaan di mana kulit mengalami keradangan, menjadi gatal atau bersisik akibat alergi
  6. Membantu melembapkan dan melembutkan kulit apabila ia disapukan pada kulit.

Khasiat Evening Primrose Oil:

1. Kebaikan EPO pada kulit

Epo bagus untuk kulit dengan membantu mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit.

2. Kebaikan Evening Primrose oil Untuk Diabetic Neuropathy

Diabetic Neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

3. Kebaikan EPO untuk Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)

Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara

4. Manfaat Evening Primrose Oil untuk Osteoporosis

Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

5. Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol

Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.