Mecobalamin 500 mcg Untuk Apa ?
Mecobalamin atau methylcobalamine ialah sejenis vitamin B12 yang selalu digunakan dalam rawatan kebas kebas tangan dan kaki (neuropathy). Mecobalamin juga digunakan untuk merawat beberapa jenis anemia. Vitamin B12 diperlukan untuk membantu badan menghasilkan sel darah merah serta fungsi tisu saraf dan otak .
Cara ambil dan kesan sampingan mecobalamin 500 mcg akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah ini:
Bagaimana Cara Pengambilan Mecobalamin 500 mcg?
Mecobalamin boleh di ambil sebelum atau selepas makan ikut kesesuian pengguna. Namun jika di tanya mecobalamin sebelum atau selepas makan, jawapannya kedua dua pun boleh.
Ikut arahan dan cara pengambilan mecobalamin yang telah ditetapkan oleh doktor atau pegawai farmasi anda.
Sila maklumkan doktor jika ada kesan sampingan atau masalah yang serius atau dapatkan rawatan di premis kesihatan yang terdekat.
Apakah Kesan sampingan Mecobalamin 500?
Tablet mecobalamin kebiasaanya selamat untuk kebanyakan orang termasuk untuk yang diambil melalui suntikan intravena. Vitamin B12 dianggap selamat walaupun dalam dos yang besar. Jika anda mengambil ubat ini atas nasihat doktor atau ahli farmasi, anda tidak perlu risau kerana beliau telah mengambil kira faktor serta risiko.
Kebanyakan pengguna ubat mecobalamin tidak mengalami kesan sampingan yang serius. Namun kesan sampingan tetap boleh berlaku seperti :
- Reaksi alergi seperti ruam, bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, masalah pernafasan
- Denyutan jantung yang tidak teratur
- Kegatalan
- Kekejangan otot
- Kelemahan
- Sakit kepala
- Tahap potasium yang rendah dalam darah
- Kegagalan jantung
- Darah beku pada tangan dan kaki
- Pengumpulan cecair di dalam paru-paru
- “Restenosis” selepas penempatan stent (penyempitan saluran darah yang berulang)
- Tekanan darah tinggi
- Perubahan warna air kencing
- Cirit-birit
- Episod gout yang berulang
Apakah Dos Mecobalamin 500 mcg
Kebiasaan dos mecobalamin bergantung pada penilaian perawat semasa memeriksa anda. Namun dos maksimum yang dicadangkan untuk dewasa adalah 1 biji 3 kali sehari. Walau bagaimanapun dos harus mengambil kira keadaan,tahap dan umur pesakit.
Apakah Tindakbalas Mecobalamin Dengan Ubat Lain
Adalah sangat penting untuk kongsikan maklumat ubat ubatan lain yang anda sedang ambil.
Ini termasuklah ubat terkawal atau produk OTC, supplement seperti vitamin, produk traditional dan herba serta supplement lain seperti protein.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan interaksi ubat yang serius dengan Vitamin B12:
- Leukeran (chlorambucil)
- Prilosec (omeprazole)
- Colcrys and Mitigare (colchicine)
Vitamin B12 dan Arak
Pengambilan arak akan mengurangkan kandungan Vitamin B dalam badan. Anda harus kurangkan pengambilan alkohol semasa mengambil vitamin B12.
Produk yang mengandungi mecobalamin di Malaysia
Beberapa contoh produk yang mengandungi vitamin B12 atau mecobalamin 500mcg di Malaysia adalah seperti :