Memahami Tekanan Darah Rendah

  • by

Tekanan darah rendah adalah istilah perubatan tekanan darah yang kurang daripada 90/60

Bacaan untuk tekanan darah muncul sebagai dua nombor. Bacaan di atas adalah sistolik iaitu apabila tekanan dalam saluran darah arteri apabila jantung berdegup dan mengisi saluran arteri tersebut dengan darah dari jantung.
Bacaan bawah pula mengukur tekanan diastolik iaitu tekanan darah dalam arteri apabila jantung berhenti berdegup antra denyutan.

Tekanan darah yang optimum adalah lebih kurang 120/80.

Risiko tekanan darah rendah

Orang yang sihat walau mempunyai tekanan darah rendah, tetapi tiada sebarang tanda-tanda yang bahaya, tidak perlu dirawat. Tetapi bagi orang tua, tekanan darah yang rendah boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung , otak, dan organ-organ penting yang lain.

Apabila tekanan darah menjadi rendah secara tiba-tiba boleh menyebabkan bekalan oksigen dan nutrisi ke otak tidak mencukupi, dan akan menyebabkan pening atau pitam.

Ini boleh berlaku apabila seseorang yang berada dalam posisi duduk dan mahu berdiri dengan serta merta. Boleh berlaku juga jika berdiri terlalu lama.

Ini berlaku apabila jantung dan system kardiovaskular gagal bertindak balas dengan pantas apabila berlaku perubahan secara tiba-tiba pada seseorang.

Biasanya, apabila kita berdiri, darah banyak berkumpul di bahagian kaki. Jika jantung dan saluran darah gagal melakukan sesuatu ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

Tekanan darah yang tidak stabil, iaitu sekejap tinggi dan sekejap rendah biasanya berlaku apabila usia semakin meningkat akibat proses penuaan. Tambahan pula, aliran darah ke jantung dan otak berkurangan apabila usia meningkat kerana plak yang terkumpul di dalam salur darah.

Pesakit tekanan darah rendah harus menumpukan pada tanda-tanda (simptom), bukan bacaan yang diperolehi dari alat pengukur tekanan darah.

Antara simptom darah rendah:

1. Pening
2. Pitam
3. Penglihatan kabur
4. Lemah lemah badan
5. Kurang tumpuan