Neurobion Vitamin B1 B6 dan B12

  • by

Apa itu ubat Neurobion Forte?

Neurobion untuk apa? Neurobion tablet merupakan suplemen vitamin saraf yang mengandungi gabungan vitamin B berdos tinggi. Kandungan yang terdapat dalam Neurobion tablet termasuk vitamin B1, B6, dan B12. Kesemua vitamin yang terdapat dalam tablet neurobion ini penting untuk proses metabolisma tubuh, terutama sekali pada sistem saraf periferi dan pusat. Neurobion terdapat dalam bentuk tablet, tetapi untuk sesetengah negara neurobion juga terdapat dalam bentuk suntikan.

Apa kandungan dalam Neurobion Tablet?

Neurobion yang terdapat di Malaysia mengandungi 3 vitamin B iaitu : Vitamin B1 (thiamine disulfide), 100 milligrams (mg) Vitamin B6 (pyridoxine hcl), 200 mg Vitamin B12 (cyanocobalamin), 200 micrograms (mcg) Vitamin B dikategorikan sebagai vitamin larut air yang secara semula jadi terdapat dalam pelbagai jenis makanan. Vitamin larut air bermaksud apabila badan telah serap vitamin yang diperlukan, lebihan vitamin yang tidak digunakan akan dibuang melalui air kencing. Supplemen yang mengandungi kesemua jenis vitamin B dikenali sebagai vitamin B complex. Terdapat pelbagai jenama produk Vitamin B complex di Malaysia seperti Surbex Zinc, 21st century vitamin B complex dll.

Neurobion Untuk Apa?

Apakah kebaikan mengamalkan vitamin Neurobion tablet? Neurobion digunakan untuk mencegah dan merawat kekurangan vitamin-B. Pengeluar neurobion juga menyatakan kebaikan neurobion untuk :
  • Tingkatkan kesihatan sistem saraf
  • Diabetic polyneuropathy (gangguan saraf pusat disebabkan diabetis)
  • Tingkatkan metabolisma
  • Alcoholic peripheral neuritis
  • Neuralgia (saraf spinal)
  • Sakit pinggang
Seperti vitamin-vitamin lain, vitamin B memainkan perananan penting untuk mengekalkan fungsi badan. Vitamin B terlibat dalam metabolisma nutrient, fungsi sistem saraf, fungsi kulit, penghasilan sel darah merah dan banyak lagi. Kekurangan vitamn B dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti :
  • anemia
  • lesu atau letih
  • turun berat badan
  • kerosakan saraf seperti sakit saraf atau rasa menyucuk di tangan dan kaki.
  • confusion
  • tekanan
  • sakit kepala
  • masalah daya ingatan dan nyanyuk
  • sistem immune badan yang rendah
  • masalah kulit
  • masalah rambut gugur

Perlu ke saya guna neurobion tablet?

Kebaikan neurobion adalah untuk mencegah kekurangan vitamin B serta masalah kesihatan yang berkaitan dengan kekurangan vit-B dalam badan. Biasanya kita boleh mendapat vitamin B melalui makanan yang kita ambil. Namun, ada juga yang terdedah kepada kekurangan vitamin B. Ini termasuklah mereka yang :
  • berumur lebih 50 tahun
  • ada sakit kronik
  • diet terhad seperti vegetarian diet.
Jika badan kita telah menerima vitamin B yang cukup melalui diet, pengambilan Neurobion atau produk yang berkaitan tidak lagi memberi manfaat kesiatan seperti meningkatkan daya ingatan, tambah tenaga, atau tingkatkan sistem immune. Ingat, vitamin B merupakan vitamin larut air. Ini bermakna pengambilan vitamin B yang berlebihan dari keperluan badan akan disingkirkan melalui air kencing.

Tanda tanda kekurangan vitamin B?

Masih tidak pasti jika anda kekurangan vitamin B? Ini tanda tanda dan simptom kekurangan vitamin B yang boleh dijadikan rujukan. Berapa harga Neurobion Vitamin ?  Rujuk harga neurobion di sini!

Dos Neurobion dan Cara Makan

Dewasa : Ambil neurobion 1 biji 3 kali sehari selepas makan. Jangan kunyah, terus telan. Kanak kanak : Tidak boleh digunakan untuk kanak kanak.