Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes

Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes

Pesakit diabetes selalunya salah faham terhadap konsep pemakanan. Mereka menganggap hanya makanan dan buah-buahan yang mempunyai rasa yang manis saja menjadi masalah utama dalam mengawal tahap gula mereka.

Jadi mereka mengamalkan makanan nasi putih dan roti putih setiap hari. Walaupun kedua-dua produk makanan ini tidak manis, tetapi ia adalah karbohidrat yang telah diproses (refined carbohydrate) yang mana apabila kita memakan produk makanan ini, ia akan meningkatkan paras gula.

Nasi/ Beras Perang Melambatkan Penyerapan Gula Dalam Tubuh

Sebab itu pakar pemakanan mencadangkan mereka mengambil nasi perang (nasi yang mempunyai sedikit serat), kerana apabila kita makan banyak fiber, ia akan melambatkan penyerapan gula dalam tubuh.

Oleh itu makanan nasi perang saja tidak mencukupi, harus mengambil sayur-sayuran yang banyak.

Nasi dan sayur-sayuran dicadangkan diambil dengan ratio 1:2. Ini bermakna satu senduk nasi, diambil dengan dua senduk sayuran. Dua senduk nasi diambil dengan empat senduk sayur-sayuran.

Salah satu produk tepung yang sesuai yang diambil oleh pesakit diabetes ialah tepung barli. Ia mempunyai glycemik index yang rendah, bermakna gula yang dihasilkan akan meresap dalam tubuh secara perlahan, kerana ia mempunyai kandungan fiber larut air (soluble fiber) dan fiber yang tidak larut air (insoluble fiber).

Tepung barli boleh dibuat seperti lempeng atau capati, setelah diuli dengan dicampurkan dengan minyak zaitun, sedikit garam dan air.

Penggunaan minyak zaitun juga sangat bagus bagi pesakit diabetes, sama ada dimakan terus satu atau dua sudu, atau ketika memasak makanan (contohnya kari) untuk dimakan bersama dengan roti yang diperbuat dari tepung barli.

Pesakit diabetes juga harus berhenti mengambil produk makanan berasaskan tepung gandum, beras, minuman bersoda (berkarbonat), kordial, jus buah-buahan yang ditambah gula pasir, kurangkan teh dan kopi, elakkan pengambilan minyak sayur-sayuran, makanan yang dijeruk masin, dan makanan yang diproses dan ditinkan.

Pesakit diabetes juga tidak seharusnya melupakan madu, yang banyak disebut dalam al Quran.

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penyakit Ekzema, Punca dan Simptom

Fri Nov 22 , 2019
Apa itu penyakit ekzema? Ekzema (Eczema) adalah masalah kulit dimana ia melibatkan kegatalan dan penebalan kulit yang bermula daripada awal usia kanak-kanak. Kulit yang terlibat selalunya akan merasa gatal, tebal dan kering. Jika ia terlampau teruk, kulit tersebut boleh merekah dan senang untuk berdarah. Perlu kita ketahui bahawa eczema adalah […]