Penyakit Ekzema, Punca dan Simptom

Apa itu penyakit ekzema?

Ekzema (Eczema) adalah masalah kulit dimana ia melibatkan kegatalan dan penebalan kulit yang bermula daripada awal usia kanak-kanak.

Kulit yang terlibat selalunya akan merasa gatal, tebal dan kering. Jika ia terlampau teruk, kulit tersebut boleh merekah dan senang untuk berdarah.

Perlu kita ketahui bahawa eczema adalah terdiri daripada masalah alahan yang dipanggil sebagai atopy. Oleh itu, seseorang yang mempunyai eczema akan mudah juga untuk mendapat penyakit alahan yang lain seperti asma, allergic conjunctivitis, resdung (allergic rhinitis), alahan pada makanan dan sebagainya.

Sebagai tambahan, ekzema merupakan salah satu masalah awal yang akan timbul menyebabkan ‘atopic march’ (kawad atopy). Bermaksud bila seorang kanak-kanak itu mengalami ekzema di awal usianya, dia akan berisiko untuk mengalami masalah atopy yang lain seperti yang telah diterangkan di atas.

Bagaimana ekzema terjadi?

Walaupun teknologi telah memberitahu bahawa pesakit ekzema mempunyai kaitan dengan masalah genetik, akan tetapi bagaimana mula terjadinya masalah ekzema tersebut masih lagi sukar difahami.

Terdapat beberapa hipotesis yang menceritakan bagaimana masalah ini berlaku. Tetapi kami hanya membincangkan perkara yang mudah sahaja.

Ianya bermula apabila seseorang kanak-kanak yang mempunyai risiko mengalami masalah atopy didedahkan dengan bahan yang boleh menyebabkan alahan(ekzema) berlaku.

Beberapa risiko untuk seseorang itu mengalami ekzema adalah:

Ada ahli keluarga yang mempunyai masalah alahan seperti asma dan resdung
Pesakit sendiri mengalami masalah alahan seperti asma dan resdung.

Apabila kanak-kanak tersebut didedahkan pada bahan itu, maka sel darah putih akan menghasilkan satu protein yang dikenali sebagai Immunoglobulin E iaitu respon kepada bahan daripada luar itu. Immunoglobulin E(IgE) akan melekat pada sel basophil iaitu salah satu sel yang terlibat dengan alahan.

Ketika kali pertama terdedah, pesakit selalunya tidak akan mengalami masalah alahan atau ekzema. Kali kedua terdedah, bahan itu sendiri akan melekat pada IgE pada sel basophil. Ini akan menyebabkan sel basophil menghasilkan kompaun yang akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi merah dan gatal.

Beberapa jenis sel darah putih pun akan ke kawasan tersebut untuk merembeskan bahan yang akan menyebabkan kawasan tersebut gatal secara berpanjangan. Oleh sebab itu, pesakit akan sentiasa menggaru kawasan tersebut hingga menyebabkan kulitnya menjadi kering dan menebal.

Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit ekzema

1. Simptom selalunya bermula ketika pesakit masih kanak-kanak lagi
2. Rasa gatal pada kawasan yang terlibat
3. Kulit kering
4. Kulit Tebal
5. Jangkitan kuman pada kawasan kulit yang terlibat

Terdapat beberapa kawasan badan yang selalu menghadapi masalah ini. Ianya adalah:

1. Pelipat di lengan
2. Siku
3. Lutut
4. Pipi
5. Leher

Apakah Punca Ekzema?

1. Jangkitan: Bakteria, virus dan kulat
2. Tekanan emosi
3. Berpeluh
4. Bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti sabun dan pencuci
5. Bahan yang boleh menyebabkan alahan(Allergen). Telur, kacang, susu, ikan, soya, debunga

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kolesterol Tinggi: Punca, Tanda, dan Pencegahan

Fri Nov 22 , 2019
Kolesterol tinggi merupakan salah satu penyakit yang seringkali dihadapi oleh masyarakat. Mereka yang berisiko seperti yang berlebihan berat badan, sejarah keluarga yang sudah menghidap penyakit kolesterol tinggi dan penyakit kronik lain seperti darah tinggi dan diabetes kebiasaannya cenderung untuk mendapat penyakit kolesterol tinggi. Kebiasaannya orang ramai memanggil penyakit ini sebagai […]