Perbezaan Hiruscar Biru dan Hijau

  • by

Sesiapa yang pernah pakai hiruscar mungkin sudah tahu apa perbezaan hiruscar biru dan hijau. Namun buat mereka yang belum menggunakan produk dari hiruscar yang mendapat testimoni agak bagus, ini perbezaan hiruscar biru dan hijau yang perlu anda tahu.

Kami kongsikan antara produk yang sangat laris di farmasi atau drug store – HIRUSCAR

Perbezaan Hiruscar Biru dan Hijau

Hiruscar gel ada 2 jenis seperti yang di dalam gambar. Kotak hijau adalah Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Manakala kotak biru adalah Hiruscar Postacne gel untuk parut jerawat.

Apa beza hiruscar biru dan hijau ini?

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

1. Dirumus khas untuk kulit yang sedang mengalami masalah JERAWAT.
2. Teksturnya ringan dan tidak berminyak. Sangat sesuai untuk kulit jenis berminyak dan acne-prone.
3. Disebabkan gel-nya jernih, maka apabila di sapu pada kulit ia tidak akan meninggalkan kesan tompok. Ideal sangat untuk mereka yang mahu kenakan solekan minima selepas sapu ubat jerawat ni.
4. Bahan-bahan didalamnya terdiri dari MPS (Mukopolisakaridq Polisulfat), Asid Salisilik,Vitamin C, Aloe Vera, Ekstrak Biji Moringa dan Articok, dan Allium Cepa (bawang merah)

Hiruscar Post Acne

1. Yang ini pula di sapu selepas jerawat anda dah kering dan sembuh. Formulasi khas untuk parut jerawat yang meninggalkan kesan hitam.

2. Terbukti secara klinikal untuk memulihkan parut jerawat agar kulit tampak lebih cerah dan licin dalam masa 4 minggu.

3. Post-Acne juga dapat membantu mengurangkan episod jerawat dari berulang.

4. Bahan-bahan di dalamnya terdiri daripada :
– Pionin yang bersifat antibakteria. Pionin dapat mengurangkan pertumbuhan bakteria punca jerawat.
-Allium Cepa (bawang merah) untuk memudarkan bintik hitam.
– MPS pula akan menggalakkan penghasilan Asid Hyaluronik dan meningkatkan keupayaan sel-sel kulit dalam proses pemulihan.
Walaupun bawang merah ni bertindak sebagai agen antioksida, tapi jangan pula kalian pi tumbuk bawang kat rumah tu dan tempek di kulit ya.. Tak sama tau..Yang ini dah siap disukat berapa persen yang sesuai nak letak dalam produk. Kalau buat sendiri kebiasaannya kita main agak saja. Bukan apa, khuatir kulit meradang pula nanti jika tak kena cara.

Kredit : Beauty Citrus