Plaster Ketuat Corn Caps Medicated Plasters

  • by

Apa itu ketuat atau kematu? Ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus. Virus-virus ini boleh merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.

Plaster ketuat

Ketuat biasanya di rawat dengan menggunakan ubat ketuat jenis sapu atau plaster ketuat yang mengandungi salicylic acid.

Fungsi Plaster Ketuat / Corn Caps Medicated Plaster.

Dapat menembusi dan membantu mengeluarkan ketuat keras, sementara permukaan bulat berwarna merahdi tengah tengah plaster dapat melegakan tekanan.

Kandungan Dalam Plaster Ketuat : Asid salisilik 40%
Ia berfungsi menghilangkan ketuat dengan mengelupas sel kulit sehingga ketuat hilang. Asid juga boleh mencetuskan tindak balas imun untuk membina sel kulit yang sihat di kawasan tersebut. Dengan penggunaan berterusan setiap hari, larutan asid salisilik akan sering menghilangkan ketuat.

Cara guna plaster ketuat

1) Cuci dan keringkan bahagian ketuat.
2) Lekatkan plaster di tengah ketuat dan tukar setiap 2 hari.
3) Jangan tanggalkan ketuat sehingga hari ke-6. Jika tidak mudah ditanggalkan, teruskan rawatan sehingga 10 hari.
4) Hanya 3 ketuat sahaja boleh dirawat pada masa yang sama.

Kebaikan plaster buang ketuat

  • melegakan keradangan;
  • meneutralkan kesan virus;
  • mempunyai sifat keratolitik;
  • memusnahkan jangkitan sekunder;
  • melembutkan kulit kasar.
Plaster Ketuat

Dapatkan plaster ketuat di farmasi berdekatan atau beli di boot.com.my & shopee seperti link di bawah.