Tanda Tanda Kekurangan Vitamin B

  • by

Kenapa vitamin B penting?

Pemakanan atau diet yang seimbang sangat penting untuk kesihatan badan. Jika terdapat kekurangan salah satu vitamin dalam badan, ia pasti akan menyebabkan masalah kesihatan. Begitu juga dengan kekurangan vitamin B. Vitamin ini merupakan elemen penting dalam menjaga kesihatan sel yang memastikan badan kita tetap bertenaga.

Akibat kekurangan vitamin B dan Apakah tanda tanda kekurangannya ?

Vitamin B1

Vitamin B1 atau nama lain thiamine bertindak untuk menjaga sistem saraf agar kekal sihat. Fungsi lain Vitamin B1 ialah membantu dalam proses menukar makanan kepada tenaga.

Sumber utama vitamin B1 seperti bijirin. Sumber lain vitamin B1 adalah seperti telur, susu, roti, daging sapi, buah-buahan segar dan kering, serta sayuran seperti kacang peas.

Tanda tanda kekurangan vitamin B1

Kekurangan vitamin B1 boleh mengakibatkan penyakit seperti beri-beri dan sindrom Wernicke-Korsakoff. Tanda tanda awal yang muncul akibat kekurangan vitamin b1 adalah seperti badan menjadi lesu, mudah tersentuh dan emosi, daya ingatan lemah, hilang selera makan, tidur terganggu serta penurunan berat badan.

Vitamin B2

Vitamin B2 dengan nama lain iaitu riboflavin berfungsi dalam menjaga kulit dan sistem saraf mata supaya kekal sihat. Ia juga membantu dalam pencernaan karbohidrat, protein, serta lemak dalam makanan. Vitamin B2 boleh diperolehi daripada sumber makanan seperti ikan, telur, susu, sayur sayuran atau nasi. Namun, jika makanan tersebut terdedah kepada sumber matahari terlalu lama, kandungan vitamin b2 didalamnya akan rosak.

Tanda tanda kekurangan vitamin B2

Tanda tanda anda kekurangan vitamin b2 adalah seperti berikut :

  • mata merah,
  • kulit bersisik,
  • bibir pecah-pecah,
  • infeksi mulut,
  • sensitif terhadap cahaya.

Vitamin B3

Vitamin B-3 atau dikenali dengan niacin juga memainkan peranan penting dalam penukaran makanan menjadi tenaga. Secara spesifik, vitamin b3 penting untuk pencernaan dan juga selera makan.

Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B3 adalah seperti ayam, ikan, hati, daging merah, biji-bijian seperti gandum dan barli serta kekacang.

Kekurangan vitamin B3 dapat boleh menyebabkan masalah pencernaan, seperti mual dan kejang perut.

Tanda tanda anda kekurangan vitamin B3

Berikut adalah tanda tanda yang boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin B3,

  • mengalami gangguan pencernaan
  • muntah
  • kejang perut
  • kekurangan yang teruk boleh menyebabkan depresss.

Vitamin B6

Vitamin B6 (pyridoxine) penting dalam tindak balas badan untuk menghasilkan tenaga dari makanan. Selain itu, Vitamin B6 juga membantu badan melawan jangkitan. Ibu mengandung atau menyusu digalakkan untuk mengambil vitamin B6 untuk membantu perkembangan otak bayi secara normal.

Vitamin B6 boleh deiperolehi daripada sumber sumber makanan kacang buncis, kentang, dan bayam. Selain itu ikan salmon, tuna, dada ayam dan hati lembu juga banyak mengandungi vitamin B6.

Tanda tanda kekurangan vitamin B6

Kesan kekurangan vitamin B6 adalah seperti anemia, masalah kulit seperti ruam, atau bibir pecah-pecah. Selain itu kekurangan vitamin B-6 menyebabkan tekanan, kebingungan, mual, mudah terkena jangkitan, hingga meningkatkan risiko terjadinya kanser usus besar.

Vitamin B9

Vitamin B9 atau lebih dikenali dengan asid folic (folic acid) adalah penting dalam proses penghasilan sel sel darah merah serta mengurangkan risiko cacat semasa lahir. Sumber Vitamin B9 adalah seperti daging, bijirin, brokoli, kacang, kacang peas, bayam, dan buah-buahan seperti lemon. Kekurangan vitamin B-9 akan meningkatkan risiko terkean anemia. Ibu mengandung yang kekurangan B9 juga berisiko melahirkan bayi cacat.

Tanda tanda kekurangan asid folic dalam badan.

Tanda tanda kekurangan vitamin B adalah seperti :

  • letih yang berterusan
  • lesu
  • kulit pucat
  • sesak nafas
  • ulcer mulut
  • lidah bengkak

Vitamin B12

Vitamin B-12 atau nama lain cobalamin penting untuk mengekalkan metabolisma badan, sell darah dan juga saraf. Kekurangan vitamin b12 yang serius boleh menyebabkan kekurangan sell darah merah (anemia), masalah usus dan kerosakan pada saraf.

Sumber makanan yang mengandungi Vitamin B12 termasuklah ikan, daging lembu, ayam, telur, susu dan produk susu.

Tanda tanda kekurangan vitamin B12

Kekurangan vitamin B12 dalam badan boleh menyebabkan anemia yang mungkin membahayakan individu tersebut. Antara akibat kekurangan vitamin B 12 yang boleh berlaku adalah seperti lemah daya ingatan, paranoia, tekanan perasaan, dan masalah perilaku lainnya juga bahkan kerosakan saraf kadang-kadang tidak dapat dikembalikan. Tanda tanda yang menunjukkan ada kemungkinan anda kekurangan vitamin B12 adalah seperti :

  • rasa kebas kaki dan tangan (semut semut)
  • keletihan melampau
  • badan lesu
  • mudah marah
  • tekanan

Cara cegah kekurangan vitamin B

Untuk kekal sihat, kebanyakan manusia tidak perlukan supplement untuk mendapat bekalan vitamin B yang cukup. Terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap dapat membekalkan nutrient secara semulajadi yang badan kita perlukan.  Amalkan diet yang seimbang.

Namun, ada keadaan di mana produk supplement diperlukan untuk mencegah kekurangan vitamin B. Lebih lebih lagi bila diet yang kita amalkan tidak seimbang atau dengan peningkatan usia (melebihi 50 tahun).

Pengambilan supplemen vitamin B mungkin menjadi cara terakhir jika sumber diet harian gagal untuk bekalkan vitamin b yang cukup. Risiko untuk overdos juga rendah kerana vitamin B adalah vitamin larut air. Lebihan vitamin B yang tidak diperlukan dalam badan akan dibuang melalui air kencing.