Tanda Tanda Kurang Darah (Anemia)

Dalam masyarakat kita anemia dikenal dengan istilah kurang darah. Kurang darah (anemia) ini berbeza dengan darah rendah. Darah rendah merupakan rendahnya tekanan darah sedangkan anemia adalah kurangnya sel darah merah atau hemoglobin. Anemia merupakan kekurangan sel darah merah yang cukup sihat untuk membawa oksigen yang memadai ke jaringan tubuh.

Apakah faktor atau punca yang menyebabkan kurang darah merah?

Faktor Risiko Umumnya
• Kurang makan makanan yang mengandung vitamin B12, zat besi dan asid folic
• Mengalami masalah pencernaan
• Menstruasi
• Kehamilan
• Penyakit kronik
• Faktor keturunan
• Faktor usia

Apakah tanda tanda kurang darah merah yang perlu anda tahu?

Ciri atau Gejala Anemia
• Kelelahan
• Lemah dan cepat penat
• Pucat
• Konjungtiva anemis atau terlihat lebih putih
• Mudah mengantuk
• Sakit kepala
• Tangan dan kaki dingin
• Pusing
• Sesak nafas
• jantung laju
• Penurunan konsentrasi daya ingatan

Anda harus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan pemeriksaan lanjut jika terdapat tanda tanda darah rendah seperti di bawah :

  1. Terdapat sejarah penyakit genetik yang membawa kepada anemia.
  2. Terdapat gejala yang mungkin merupakan penanda penyakit yang membahyakan nyawa seperti kanser, buasir, ulser perut atau usus.
  3. Terdapat pendarahan yang berlebihan seperti dalam masalah haid atau kecederaan yang teruk.

Kredit : Farmasi Bahau Triang

 

Karena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jus Buah Punca Diabetes? Baca Penjelasan Dr Ini

Fri Feb 14 , 2020
Sebut saja jus buah, ramai yang suka. Lebih-lebih lagi pada musim panas atau bulan puasa. Semua beranggapan jus buah sangat berkhasiat seperti. Namun jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Ikuti penerangan tentang Jus Buah dari Doktor ini. BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES? Kajian terbaru yang dilakukan para saintis […]